Awan sedikit mendung, ketika kaki kaki kecil Yani berlari-lari gembira di atas jalanan menyeberangi kawasan lampu merah Karet..

Baju merahnya yg besar melambai-lambai di tiup angin. Tangan kanannya memegang ice-krim sambil sesekali mengangkatnya ke mulutnya untuk dicicapi, sementara tangan kirinya mencengkam Ikatan sabuk celana ayahnya.

Yani dan Ayahnya memasuki wilayah pemakaman umum Karet, berputar sejenak ke kanan & kemudian duduk Di atas tembok nisan "Hj Rajawali binti Muhammad 19-10-1915:
20- 01-1965"

"Nak, ini kubur nenekmu mari Kita berdo'a untuk nenekmu" Yani melihat wajah ayahnya, lalu meniru gaya tangan ayahnya yg mengangkat ke atas dan ikut memejamkan mata seperti ayahnya. Ia mendengarkan ayahnya berdo'a untuk Neneknya...

"Ayah, nenek waktu meninggal umur 50 tahun ya Yah." Ayahnya mengangguk sambil tersenyum, sambil memandang pusara Ibu-nya.

"Hmm, bererti nenek sudah meninggal 42 tahun ya Yah..." Kata Yani berlagak sambil matanya mengira dan jarinya berhitung. "Ya, nenekmu sudah di dalam kubur 42 tahun ... "

Yani menoleh kepalanya, memandang sekeliling, banyak kuburan di sana . Di samping kuburan neneknya ada kuburan tua berlumut "Muhammad Zaini: 19-02-1882 : 30-01-1910"


"Hmm.. Kalau yang itu sudah meninggal 106 tahun yang lalu ya Yah", jarinya menunjuk nisan bersebelahan kubur neneknya. Sekali lagi ayahnya mengangguk. Tangannya terangkat mengusap kepala anak satu-satunya. "Memangnya kenapa ndhuk( anak perempuan) ?" kata sang ayah menatap teduh mata anaknya. "Hmmm, ayah kan semalam bilang, bahwa kalau kita mati, lalu di kubur dan kita banyak dosanya, kita akan disiksa dineraka" kata Yani sambil meminta persetujuan ayahnya. "Iya kan yah?"


Ayahnya tersenyum, "Lalu?"
"Iya .. Kalau nenek banyak dosanya, berarti nenek sudah disiksa 42 tahun dong yah di kubur? Kalau nenek banyak pahalanya, berarti sudah 42 tahun nenek senang dikubur .... Ya nggak yah?" mata Yani bersinar keranana bisa menjelaskan kepada Ayahnya pendapatnya.

Ayahnya tersenyum, namun sekilas tampak keningnya berkerut, tampaknya cemas ...... "Iya nak, kamu pintar," kata ayahnya pendek.

Pulang dari pemakaman, ayah Yani tampak gelisah Di atas sajadahnya, memikirkan apa yang dikatakan anaknya... 42 tahun hingga sekarang... kalau kiamat datang 100 tahun lagi...142 tahun disiksa .. atau bahagia dikubur .... Lalu Ia menunduk ... Meneteskan air mata...


Kalau Ia meninggal .. Lalu banyak dosanya ...lalu kiamat masih 1000 tahun lagi berarti Ia akan disiksa 1000 tahun?
’Innalillaahi WA inna ilaihi rooji'un’ .... Air matanya semakin banyak menetes, sanggupkah ia selama itu disiksa? Iya kalau kiamat 1000 tahun ke depan, kalau 2000 tahun lagi? Kalau 3000 tahun lagi? Selama itu ia akan disiksa di kubur. Lalu setelah dikubur? Bukankah Akan lebih parah lagi?
Tahankah? padahal melihat adegan pameran dipukuli masa di tv kemarin ia dah tak tahan?


Ya Allah... Ia semakin menunduk, tangannya mengangkat, setinggi bahunya naik turun tak teratur.... air matanya semakin membanjiri pipi dan janggutnya…

”Allahumma as aluka khusnul khootimah”.. berulang Kali di bacanya DOA itu hingga suaranya serak ... Dan ia berhenti sejenak ketika terdengar batuk Yani.

Dihampirinya Yani yang tertidur di atas dipan Bambu. Di betulkannya selimutnya. Yani terus tertidur.... tanpa tahu, betapa sang bapak sangat berterima kasih padanya karena telah menyadarkannya arti sebuah kehidupan... Dan apa yang akan datang di depannya...

"Yaa Allah, letakkanlah dunia ditanganku, jangan Kau letakkan dihatiku..."

"Sebarkanlah walau hanya 1 ayat"

Tujuh golongan manusia yang mendapat naungan ALLAH di Padang Mahsyar nanti, di mana pada hari itu tiada naungan selain naungan ALLAH SWT:


1. Pemimpin yang adil


2. Remaja yang memenuhi masa mudanya dengan beribadat kepada ALLAH


3. Lelaki yang hatinya bertaut kepada masjid


4. Dua orang yang saling cinta mencintai kerana ALLAH; mereka bertemu kerana ALLAH dan berpisah juga kerana ALLAH


5. Lelaki yang digoda(untuk melakukan maksiat) oleh seorang wanita bangsawan lagi jelita, lalu dia berkata: “Sesungguhnya aku takut kepada ALLAH.”


6. Orang yang bersedekah hingga tangan kirinya tidak mengetahui apa yang disedekah oleh tangan kanannya


7. Orang yang berzikir kepada ALLAH di tempat sunyi hingga mengalir air matanya


“DUNIA ADALAH KHAYALAN” bagaimana tayangan di dalam kamera ini, itulah dunia pada kaca orang MUKMIN. Bagaimana ianya hanyalah ilusi, tidak dapat dilihat, tidak dapat dipegang. Yang ada hanyalah deria 5 yang membantu..maka tiada erti dunia kerana ada akhirat.”
Tidak ada sesuatupun yang paling berharga yang dimiliki oleh seseorang insan selepas nikmat Islam selain teman/sahabat yang soleh, apabila kamu dapati kewujudan kasih sayang padanya, maka peganglah ia sungguh-sungguh.” [ Saidina Umar ]

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.


5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.


7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.


12. Aisyah berkata, “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., “Suaminya”. “Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah s.a.w, “Ibunya”.


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.


18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.


19. Daripada Aisyah r.a. “Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.”

Assalamualaikum wbt.


Renungkanlah WAHAI SAHABAT-SAHABATKU yang dirahmati ALLAH SWT. Mengapa lidah kelu disaat kematian? Tetapi kematian itu pasti menjelma.Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati. Mengapa kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa.. lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan ’sakaratul maut’.


Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud:
“Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya.” Ini jelas menunjukkan, kita disarankan agar mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang. Sebagai orang beragama Islam kita wajib menghormati azan.


Banyak fadhilatnya.
Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak.


Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah “Lailahaillallah..” yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan syurga untuk mereka. Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. “Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah “Lailahaillallah..” semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a’lamin..


” WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A.;

Wahai Ali, bagi orang MUKMIN ada 3 tanda-tandanya:
1) Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia.
2) Tidak terpesona dengan pujuk rayu.
3) Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia..


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda2nya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yg haram.
3) Merendahkan diri.


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda2nya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya.


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda2nya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman.


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda2nya:
1) Mengawasi dirinya.
2) Menghisab dirinya.
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


Wang RM 50 atau S$50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tetapi begitu kecil bila kita bawa ke supermarket. 45 minit terasa terlalu lama untuk berzikir tapi betapa pendeknya waktu itu untuk pertandingan bola sepak. Semua insan ingin memasuki syurga tetapi tidak ramai yang berfikir dan berbicara tentang bagaimana untuk memasukinya..

Renung2kanlah…


Iman : Assalamualaikum, bos


Diri : Waalaikumussalam wbt.lama tak nampak awak.Awak cuti ker?


Iman : Taklah, jabatan kami rasa tuan tak memerlukan kami lagi..


Diri : Laa..kenapa pulak awak cakap camtu? pentadbiran diri saya berterabur sekarang bila jabatan kau takde..


Iman : Takdelah, kami lihat banyak pekerja tambahan tuan ambil.VCD,SMS, TV..jadi kami rasa terpinggir


Diri : Entahlah, waktu cuti sebulan ni saya tak pernah menggaji mereka.Tapi mereka terlalu rajin buat kerja, bekerja tanpa gaji,tapi banyak gak duit saya habis…entah ar


Iman : Tu sebab, kami agak rasa tuan memencilkan kami. Al Quran, Zikir, mathurat, solat Malam tak boleh bekerja dengan mereka..kami memang tak boleh bercampur dengan mereka..


Diri : Saya tak pernah minta kau bercuti


Iman : Bagaimana kami ingin bekerja sedangkan tuan sudah punya pekerja tambahan? Saya lihat mereka buat tuan gembira..


Diri : Argh, gembira apanya..Berterabur kerja kat pejabat tu!!Tolonglah, bekerjalah dengan saya kembali


Iman ; Kami sememangnya sudah berkhidmat dengan tuan dari tuan di dalamrahim ibu tuan lagi. Tapi, tuan kadang-kadang mengabaikan kami. Tuan sediakan makanan untuk bos pekerja tambahan, En Dosa, tapi kami, tuan tak sediakan makanan. kebajikan kami tak terjaga…


Diri : Maafkan aku. kembalilah bekerja dengan saya. Saya janji kebajikan kamu semua saya jaga,En Iman.


Iman : Tuan boleh berjanji, tapi CEO kita akan memantau tuan, Dialah Allah.Tuan takkan tak takut menabur janji tapi melupakannya?


Diri : Janganlah menyalahkan saya.


Iman : Tuan perlu sedar, kami hanya bekerja di dalam syarikat yang bersih, dan amanah..Bukanlah saya nak memandang rendah pada jabatan baru En Dosa, tp kami tidak suka cara mereka bekerja. mereka meminggirkan kami


Diri : Dah awak tak melawan?


Iman : Tuan, bagaimana kami ingin menang? Kami terlalu lemah, sedikit pula tu, kebajikan kami langsung tuan tak jaga..Sedangkan kami tidak pernah meminta gaji dari tuan.Cuma kami minta disediakan ruang yang bersih dan amanah untuk kami bekerja. salahkah kami meminta yg sedikit?


Diri : Mereka kadang-kadang lebih menggembirakan saya


Iman : Kalau begitu maafkan kami. Tak dapat rasanya kami bekerja untuk tuan lagi.Tuan perlu memberi kebajikan kepada mereka.Siapalah kami..


Diri : Ehh, jangan..Bekerjalah dengan saya


Iman : Buanglah pekerja itu..Mereka meminta-minta dari tuan.Tuan perlu berhabis jutaan ringgit untuk mereka. Sedangkan kami, percuma khidmat kami


Diri : Aduh, mereka pekerja yang menggembirakan saya.Memang kamu percuma, tapi kamu kadang-kadang bising, ini tak boleh, itu tak boleh..saya rimas


Iman : (senyum sinis)..Maafkan kami tuan..kami minta diri dulu..tak perlulah kami berkhidmat dengan tuan kalau begitu..Kalau tuan perlukan kami, kami sentiasa di sisi..Tuan jangan risau, kami maafkan tuan..


Diri : Jangan pergi..saya sanggup pecat En Dosa..dan ahli jawatankuasanya, vcd, majalah yang melalaikan, dan sbagainya


Iman : Tuan betul-betul sanggup?


Diri : Ya, saya kelam kabut sekarang..Tak tenang,management berterabur..


Iman : Alhamdulillah. .kami free of charge..Tuan takkan rugi, sebaliknya tuan beruntung besar..Silap hari bulan, CEO, Allah kita akan naikkan tuan ke pangkat yang lebih tinggi



Diri : Terima kasih..=) Panggillah ajk kamu bekerja semula. En Iman, saya akan jaga kebajikan kamu, panggillah En mathurat, En Zikir, En Solat, dan semua ahli jabatan kamu ya?


Iman : Alhamdulillah. Moga keuntungan tuan bergada-ganda tahun ini dan seterusnya


Diri : Terima kasih pegawai kewanganku ..


Sekadar analogi mudah.. Begitulah diri kita.. Kitalah bos dalam syarikat kita.Jabatan dalam diri kita hanya ada dua. Jabatan Iman dan jabatan dosa.Kitalah yang perlu mengurus sebaik mungkin pekerja-pekerja kita. Memang susah untuk kita memenuhi setiap kehendak pekerja kita, memang susah untuk memastikan pekerja kita berbaik..Kerana antara iman dan yang dosa tidak mungkin bercampur.Bagai air sungai yang jernih, dimasukkan ke dalam gelas, segar dan nyaman air itu.. Namun apabila bercampur dengan lumut, selut dan kekotoran lain, maka begitu sukarlah unutk mebersihkan kembali.Begitu juga dengan pekerja kita, andai terlalu diternak satu jabatan, maka jabatan lain akan terpinggir


aNNuur


“Allah (Pemberi) cahaya (kepada) langit dan bumi. Perumpamaan cahaya Allah, adalah seperti sebuah lubang yang tak tembus, yang di dalamnya ada pelita besar. Pelita itu di dalam kaca (dan) kaca itu seakan-akan bintang (yang bercahaya) seperti mutiara, yang dinyalakan dengan minyak dari pohon yang banyak berkahnya, (yaitu) pohon zaitun yang tumbuh tidak di sebelah timur (sesuatu) dan tidak pula di sebelah barat (nya), yang minyaknya (saja) hampir-hampir menerangi, walaupun tidak disentuh api. Cahaya di atas cahaya (berlapis-lapis) , Allah membimbing kepada cahaya-Nya siapa yang Dia kehendaki, dan Allah memperbuat perumpamaan- perumpamaan bagi manusia, dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” an-nuur :35

Assalamualaikum wbt


Menemui sahabat-sahabat yang sememangnya dikasihi Allah dan disayangi nabi, apakah khabar iman kita? Adakah semakin bertambah atau berkurang? Moga kita sama-sama gandakan usaha untuk lebih mendekatkan diri padaNya kerana redhaNya semata. Rugilah seandainya hari ini lebih buruk dari semalam, dan malulah seandainya Rasulullah menyaksikan kerugian kita; umat kesayangan baginda ini. kali ini, daku persembahkan sehelai warkah buat sahabat-sahabat untuk kita hayati bersama…




Melalui surat ini..
Kami ingin mengajak kalian utk sama2 membayangkan..
Bagaimanakah situasi kita..
Sekiranya kita dikunjungi sebaik baik penciptaan Allah ini…


Situasi di rumah


Wahai sahabat2 ku..
Sekiranya di kala ini..
Kekasih Allah itu sedang mengetuk pintu rumah kalian..
Apakah perkara pertama yang kalian kan lakukan?


Adakah kalian akan bersegera ke muka pintu,
Menyambut kekasih Allah ini,
Lantas mengalirlah airmata kegembiraan
Membasahi pipi2 kalian??


Adakah kalian kan bersegera menjemput kekasih sekalian makhluk ini
Ke dalam rumah kalian lantas berkata:
“Rasulullah berada di rumahku…inilah hari yg paling bahagia dalam hidupku..”


Adakah ini yg kalian kan lakukan??


Atau..
Adakah fikiran kalian berkecamuk..
Keraguan menghantui diri..


Tatkala kalian mendengar ketukan pintu
Dari tangan yg mulia itu??


Adakah kalian bersegera menuju ke bilik terlebih dahulu..
Untuk menyembunyikan cd2 lagu..dan sebaliknya..
Memasang pula kaset2 bacaan Al-Quran??
Adakah kalian bersegera pula..
Utk mencabut wayar2 dish satelit..
Dan kalian menutup siaran2 lagu di televisyen?


Dan adakah kalian akan membuka komputer..
Utk memadam fail2 yg kalian rasakan melaghakan..
Dan bersegera mengoyakkan gambar2 penyanyi2..
Dan pelakon2 yg tampan dan jelita itu di dinding2 di bilik kalian??


Dan adakah kalian akan menyambut Kekasih Sekalian Umat ini…
Sedangkan di tangan kalian masih memegang puntung2 rokok?
Atau adakah baru sekarang kalian sedar..
Bahawa ROKOK ITU HARAM??
Dan jika tidak,kenapa anda perlu berasa malu merokok di hadapan Nabi??


Dan bagaimana jika kalian melakukan semua perkara tersebut,
Dan kalian berjaya menyembunyikan segala perkara yang mungkin akan…
Membangkitkan kemarahan baginda,
Dan kalian menerima kehadiran Rasulullah,
Dan kalian duduk bersama baginda,
Dan kalian menghayati kalam-kalam indah dari bibir Rasulullah,
Dan mata-mata kalian bersinar lantaran indahnya
Memandang wajah lembut Rasulullah yg dicintai..


Dan kalian bayangkanlah..


Di saat itu..
Bibir Rasulullah menitipkan kata-kata..
Untuk tinggal bersama kalian selama sebulan..
Adakah kalian kan berbesar hati..
Atau kalian kan gundah gulana??


Adakah kalian akan menjadi seperti sahabat-sahabat baginda yang mulia..
Yang berebut-rebut untuk menerima Rasulullah sebagai tetamu..
Ketika kedatangan Nur Islam ini ke bumi Madinah buat kali pertama..
Ataukah kaliankan resah gelisah..
Kerna memikirkan..
Apakah kesudahan yang berlaku selama tiga puluh hari ini..


Adakah baginda kan berlapang dada..
Tatkala melihat kalian solat dengan penuh tergesa-gesa..
Atau meninggalkan solat jamaah..


Atau dapatkah baginda melihat kalian..
Membaca Al-quran..
Dan menghayati hadis-hadis tinggalan nabi..
Atau dapatkah baginda melihat..
Pergaulan yang elok pabila
kalian bersama keluarga kalian..
atau baginda kan melihat,
kekasaran suara,bahasa dan kebiadaban kalian..


lantas baginda bersuara..


“sebaik-baik kamu..adalah mereka yang berbuat baik kepada keluarganya..
Dan aku sebaik-baik orang dalam pergaulan dengan keluargaku..”


Ya Rasulullah..tak pernah kami menatap wajahmu..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..kami rindu padamu..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..terimalah kami sebagai umatmu..
Ya Rasulullah Ya Habiballah..kurniakanlah syafaatmu kepada kami..


Sama-samalah kita menyuburkan cinta kita kepada Baginda..
Perbanyakkanlah selawat ke atas junjungan besar Rasulullah s.a.w..
Jazakumullah..kerna sudi meluangkan masa membaca dan menghayati nukilan ini..


Moga rindu ini menjadi syafaat untuk kita bertemu kekasih kesayangan Allah, kecintaan umat manusia dan seluruh alam..amiin.

~Hasil nukilan ini ana petik dari blog seorang sahabat ana [diari musafir sementara]..sama-samalah kita renung, hayati serta mengambil pengajaran..~

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah, di malam yang hening ini, walaupun kepenatan balik dari attachment tadi, saya masih diberi peluang untuk berkongsi apa yang saya baca hari ini. Terasa rugi if apa yang dibaca ini tidak dikongsi di sini. Sebenarnya untuk menambahkan pemahaman dan seterusnya untuk dijadikan kesedaran untuk diri yang kerdil ini..yang banyak lagi kelemahan..Ya Allah, bantulah hambaMu ini melawan segala kelemahan.. Tuntunilah aku ke jalanMu..


Semasa di Pharmacy tadi saya tak berkesempatan langsung untuk membuka buku yang dibawa..buku “kerana Dunia ini Tak Abadi”..ramai customer yang datang..so tak smpat nak buka pun..Alhamdulillah, sampai saja di rumah, terus tangan ini membuka page 61 dan hati ini terasa terberkas sekali dengan isi kandungannya..Mari kita sama2 hayati.. semoga saya dan sahabat2 semua dapat manfaat darinya..InsyaAllah..


Anas ibn Malik radhiyallahu’anhu pernah mengatakan : Saya pernah mendengarkan Rasulullah (s.a.w) bersabda:”Allah Ta’ala berfirman: ‘ Wahai anak Adam! Sesungguhnya tidaklah engkau berdoa dan berharap pada-Ku dengan kondisi apapun engkau, maka Aku tidak pernah memperdulikannya.Wahai anak Adam!Andai dosa dosamu mencapai puncak langit, lalu engkau memohon ampun kepada-Ku, niscaya Aku akn mengampunimu. Wahai anak Adam! Sesungguhnya jika engkau datang kepada-Ku dengan dosa sepenuh bumi, lalu engkau menemui-Ku tanpa menyekutukan-Ku dngan apapun, nescaya Aku akn memberikanmu ampunan sepenuh bumi.”Sesungguhnya pintu-pintu syurga itu semuanya tertutup hingga hari kebangkitan, kecuali satu pintu.Pintu taubat. Pintu syurga ini akan terus terbuka bagi org2 yg bertaubat, siang dan malam, bila pun mereka ingin nertaubat, kembali dan mninggalkn apa yg selama ini seharusnya tidak mereka lakukan….Bahkan lebih dari itu, Rabb kita yg Maha mulia itu turun di setiap malam pada sepertiga akhir malam untuk menyeru hamba-hambaNya..” Apakah ada yg bertaubat? Apakah ada yg memohon ampun?” Cukuplah menjadi sebuah kehormatan dan kemuliaan bgi org2 yg bertaubat bahwa Allah Ta’Ala mengistimewakan mereka dengan kecintaan-Nya pada mereka. ” Sesungguhnya Allah mencintai org2 yg bertaubat dan mencintai org2 yg bersuci.” (al-Baqarah:222) Allah Ta’ala juga menyatakan tentang hamba-hambaNya yg melakukan kemaksiatan: “Maka tidakkah mereka bertaubat kepada Allah dan memohon ampun pada-Nya? Dan Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang. ” (al-Ma’idah:74)


Duhai sahabat-sahabat sekalian, cuba kita renungi balik…betapa besarnya kurnia Allah kepada mereka yang bertaubat…Betapa luas sekali rahmatNya untuk hambaNya..Tetapi sayang sekali, apa yang berlaku di kalangan masyarakat kita sekarang? Di kalangan pemuda pemudi sekarang? Even budak skolah dan pelajar skolah menengah sekalipun..Pelbagai kes dan keruntuhan akhlak yang berlaku.. Setiap hari di kaca televisyen dan akhbar, bermacam macam kes kita dapat baca…Kes buang bayi, perkosa anak, bunuh, ragut, pelacur dan sebagainya…Adakah ini caranya kita sebagai hamba yang hanya merempat di dunia ini menunjukkan tanda syukur kita kepada Pencipta yg Maha Agung di atas segala kurniaan dan rahmat untk sepanjang kehidupan kita..Dengan anggota badan yg cukup sempurna, nikmat sihat, nikmat masa, dan yang paling berharga; nikmat Islam dan iman..adakah ini caranya kita untuk membalas atau sebagai penghargaan kita kepada Allah? Bagaimana kita nanti untuk berhadapan dengan Allah di akhirat kelak? Apakah bekalan kita di dunia yg abadi nanti? MasyaAllah..Tidakkah kita semua tahu betapa peritnya nanti kehidupan kat sana jika kita masih bergelumang dengan dosa? Cuba bayangkan..di dunia ini pun pabila waktu panas terik, kita sudah tidak tahan panas..Nanti di akhirat kelak, matahari hanya sejengkal dari kepala..Ayuhlah muslimin dan muslimat, Kita menjahit kembali sejadah iman kita. Kita muhasabah balik apa yg kita sudah lakukan sepanjang umur kita ini..Adakah kita yakin kita akan dimasukkan ke dalam syurga yang penuh nikmat dengan amalan yg sedikit cuma? Sama-samalah kita bertaubat memohon ampun kepada Yang Maha Kuasa..Bertekad untuk berubah ke arah yang lebih baik..Akhlaqul kareemah..Sama-sama menjadi golongan yang ditarbiyah dan mentarbiyah. Sekiranya waktu malam seringkali kita habiskan dengan tidur ataupun menonton TV, apa salahnya jika bermula dari sekarang kita mula melatih diri untuk bangun Qiyamullail dan bertahajjud..Dating dengaan Yang Maha Kuasa di kala orang lain sedang asyik dibuai mimpi..Subhanallah..memang indah saat-saat itu..Luahlah segala isi hati dan kemahuanmu..pohonlah beribu keampunan..Allah amat menyayangi hambaNya yg merindui untuk berjumpa dengan Nya..Ya Allah..terimalah taubat kami..Bantulah kami menghadapi segala mihnah dan tribulasi di dunia ini..Maka kami berharap, wahai Tuhan yg menciptakan kami…Kurniakan kepada kami rahmat-Mu, Kami memohon dengan rahmat-Mu, wahai Dzat yg pling mengasihi, jagalah kami dri berbagai cubaan dan fitnah..

Bismillah Sungguh telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yg mengharap (Rahmat) Allah dan (Kedatangan ) hari kiamat dan yg banyak mengingati Allah..(Al-Ahzab;21)


Jadilah suami soleh yg mengikut sunnah Rasulullah dlm hal2 lain juga selain poligami…


Kisah Rasulullah sebagai pengajaran Kalau ada pakaian yang koyak, Rasulullah menampalnya sendiri tanpa perlu menyuruh isterinya. Beliau juga memerah susu kambing untuk keperluan keluarga mahupun untuk dijual.


Setiap kali pulang ke rumah, bila dilihat tiada makanan yang sudah siap di masak untuk dimakan, sambil tersenyum baginda menyinsing lengan bajunya untuk membantu isterinya di dapur. Sayidatina ‘Aisyah menceritakan “Kalau Nabi berada di rumah, beliau selalu membantu urusan rumahtangga.


Jika mendengar azan, beliau cepat-cepat berangkat ke masjid, dan cepat-cepat pula kembali sesudah selesai sembahyang.”


Pernah baginda pulang pada waktu pagi. Tentulah baginda amat lapar waktu itu. Tetapi dilihatnya tiada apa pun yang ada untuk sarapan. Yang mentah pun tidak ada kerana Sayidatina ‘Aisyah belum ke pasar. Maka Nabi bertanya, “Belum ada sarapan ya humaira?” (humaira adalah panggilan mesra untuk Sayidatina ‘Aisyah yang bererti ‘Wahai yang kemerah-merahan’) Aisyah menjawab dengan agak serba salah, “Belum ada apa-apa wahai Rasulullah.” Rasulullah lantas berkata, “Jika begitu aku puasa saja hari ini.” tanpa sedikit tergambar rasa kesal di wajahnya.


Sebaliknya baginda sangat marah tatkala melihat seorang suami memukul isterinya. Rasulullah menegur, “Mengapa engkau memukul isterimu?” Lantas soalan itu dijawab dengan agak gementar, “Isteriku sangat keras kepala. Sudah diberi nasihat dia tetap degil, jadi aku pukul dia.” “Aku tidak bertanya alasanmu,” sahut Nabi s. a. w. “Aku menanyakan mengapa engkau memukul teman tidurmu dan ibu kepada anak-anakmu?”


Pernah baginda bersabda, “sebaik-baik lelaki adalah yang paling baik dan lemah lembut terhadap isterinya.” Prihatin, sabar dan tawadhuknya baginda dalam menjadi ketua keluarga langsung tidak sedikitpun menjejaskan kedudukannya sebagai pemimpin umat.


Pada suatu ketika baginda menjadi imam solat. Dilihat oleh para sahabat, pergerakan baginda antara satu rukun ke satu rukun yang lain amat sukar sekali. Dan mereka mendengar bunyi menggerutup seolah-olah sendi-sendi pada tubuh baginda yang mulia itu bergeser antara satu sama lain. Sayidina Umar yang tidak tahan melihat keadaan baginda itu langsung bertanya setelah selesai bersembahyang, “Ya Rasulullah, kami melihat seolah-olah tuan menanggung penderitaan yang amat berat, tuan sakitkah ya Rasulullah?” “Tidak, ya Umar. Alhamdulillah, aku sihat dan segar.”


“Ya Rasulullah… mengapa setiap kali tuan menggerakkan tubuh, kami mendengar seolah-olah sendi bergeselan di tubuh tuan? Kami yakin engkau sedang sakit…” desak Umar penuh cemas. Akhirnya Rasulullah mengangkat jubahnya. Para sahabat amat terkejut. Perut baginda yang kempis, kelihatan dililiti sehelai kain yang berisi batu kerikil, buat menahan rasa lapar. Batu-batu kecil itulah yang menimbulkan bunyi-bunyi halus setiap kali bergeraknya tubuh baginda.


“Ya Rasulullah! Adakah bila tuan menyatakan lapar dan tidak punya makanan, kami tidak akan mendapatkannya buat tuan?” Lalu baginda menjawab dengan lembut, “Tidak para sahabatku. Aku tahu, apa pun akan engkau korbankan demi Rasulmu. Tetapi apakah akan aku jawab di hadapan ALLAH nanti, apabila aku sebagai pemimpin, menjadi beban kepada umatnya?” “Biarlah kelaparan ini sebagai hadiah ALLAH buatku, agar umatku kelak tidak ada yang kelaparan di dunia ini lebih-lebih lagi tiada yang kelaparan di Akhirat kelak.”


Baginda pernah tanpa rasa canggung sedikitpun makan di sebelah seorang tua yang penuh kudis, miskin dan kotor. Hanya diam dan bersabar bila kain rida’nya direntap dengan kasar oleh seorang Arab Badwi hingga berbekas merah di lehernya. Dan dengan penuh rasa kehambaan baginda membasuh tempat yang dikencing si Badwi di dalam masjid sebelum menegur dengan lembut perbuatan itu.


Kecintaannya yang tinggi terhadap ALLAH swt dan rasa kehambaan yang sudah sebati dalam diri Rasulullah saw menolak sama sekali rasa ke tuanan.


Seolah-olah anugerah kemuliaan dari ALLAH langsung tidak dijadikan sebab untuknya merasa lebih dari yang lain, ketika di depan ramai mahupun dalam keseorangan.


Pintu Syurga telah terbuka seluas-luasnya untuk baginda, baginda masih lagi berdiri di waktu-waktu sepi malam hari, terus-menerus beribadah hinggakan pernah baginda terjatuh lantaran kakinya sudah bengkak-bengkak. Fizikalnya sudah tidak mampu menanggung kemahuan jiwanya yang tinggi. Bila ditanya oleh Sayidatina ‘Aisyah, “Ya Rasulullah, bukankah engaku telah dijamin Syurga? Mengapa engkau masih bersusah payah begini?” Jawab baginda dengan lunak, “Ya ‘Aisyah, bukankah aku ini hanyalah seorang hamba? Sesungguhnya aku ingin menjadi hamba-Nya yang bersyukur.”


Rasulullah s. a. w. bersabda,”SAMPAIKANLAH PESANKU WALAUPUN SEPOTONG AYAT..”

Entah angin apa yang membuai hari ini, membuatkanku begitu berani untuk mencoretkan sesuatu untuk dirimu yang tidak pernah ku kenali. Aku sebenarnya tidak pernah berniat untuk memperkenalkan diri ku kepada sesiapa. Apatah lagi meluahkan sesuatu yang hanya ku khususkan buat mu sebelum tiba masanya.


Kehadiran seorang lelaki yang menuntut sesuatu yang ku jaga rapi selama ini semata-mata buat mu, itulah hati & cinta ku, membuatkan aku tersedar dari lenaku yang panjang. Aku telah dididik ibu sejak kecil agar menjaga maruah dan mahkota diri ku kerana Allah telah menetapkannya untuk mu suatu hari nanti. Kata ibu, “Tanggungjawab ibu bapa terhadap anak perempuan ialah menjaga dan mendidiknya sehingga seorang lelaki mengambil alih tanggungjawab itu dari kami.”, jadi kau telah wujud di dalam diri ku sejak dulu lagi.


Sepanjang umur ku ini, aku menutup pintu hati ku daripada mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu membelakangi mu. Aku menghalang diri ku daripada mengenali mana-mana lelaki kerana aku tidak mahu mengenali lelaki lain selain mu, apatah lagi memahami mereka. Kerana itulah aku sedaya kudrat yang lemah ini membatasi pergaulan ku dengan bukan mahram ku. Aku lebih bersifat ‘perumahan’ kerana rumah itu tempat yang terbaik buat seorang wanita.


Aku sering sahaja berasa tidak selamat diperhatikan lelaki. Bukanlah aku bersangka buruk terhadap mereka, tetapi lebih baik aku berjaga-jaga kerana contoh banyak di depan mata. Apabila terpaksa berurusan dgn mereka, akan ku palingkan wajah ku daripada lelaki yang asyik merenung ku atau cuba menegur ku. Aku seboleh-bolehnya melarikan pandangan ku daripada ajnabi kerana pesan Saidatina Aisyah r.a. ” Sebaik-baik wanita itu ialah yang tidak memandang dan tidak dipandang.”


Aku tidak ingin dipandang cantik oleh lelaki. Biarlah aku hanya cantik di mata mu. Apa guna aku menjadi idaman ramai lelaki sedangkan aku hanya boleh menjadi milik mu seorang. Aku tidak berasa bangga menjadi rebutan lelaki bahkan, berasa terhina diperlakukan sebegitu, seolah-olah aku ini barang yang boleh dimiliki sesuka hati.


Aku juga tidak mahu menjadi punca kejatuhan seorang lelaki yang dikecewakan lantaran terlalu mengharapkan sesuatu yang tidak dapat ku berikan. Bagaimana akan ku jawab di hadapan Allah kelak, andai disoal. Adakah itu sumbangan ku kepada manusia selama hidup ini di muka bumi?


Kalau aku tidak ingin kau memandang wanita lain, aku dululah yang perlu menundukkan pandangan ku. Aku harus memperbaiki kelemahan dan menghias peribadi ku kerana itulah yang dituntut Allah. Kalau aku ingin lelaki yang baik menjadi suami ku, aku juga perlu menjadi wanita yang baik. Bukankah Allah telah menjanjikan wanita yang baik untuk lelaki yang baik?


Tidak ku nafikan sebagai remaja aku memiliki perasaan untuk menyayangi dan disayangi. Namun setiap kali perasaan itu datang, setiap kali itulah aku mengingatkan diri ku bahawa aku perlu menjaga perasaan itu kerana ia semata-mata untuk mu. Allah telah memuliakan seseorang lelaki yang bakal menjadi suami ku untuk menerima hati dan perasaan ku yang suci. Bukan hati yang menjadi lebihan lelaki yang lain. Lelaki itu berhak mendapat kasih sayang yang tulen, bukan yang telah dibahagi-bahagikan.


Diri ku yang sememangnya lemah ini diuji Allah apabila seorang lelaki secara tidak sengaja mahu berkenalan dengan ku. Aku secara keras menolak, berbagai-bagai dalil ku kemukakan, tetapi dia tidak mahu mengalah. Lelaki itu tidak hanya berhenti di situ, dia sentiasa menghubungi dan menganggu ku. Aku berasa amat tidak tenteram, seolah-olah seluruh kehidupan ku yang ceria selama ini dirampas dari ku.


Aku tertanya-tanya, adakah aku berada di tebing kebinasaan? Aku beristighfar memohon keampunanNya. Aku juga berdoa’, agar Dia melindungi ku daripada sebarang kejahatan. Kehadirannya membuatkan aku sentiasa memikirkan mu. Kau ku rasakan seolah-olah wujud bersama ku. Di mana sahaja ku berada, akal sedar ku membuat perhitungan dengan mu.


Ku tahu, lelaki yang melamar ku bukan diri mu. Malah aku yakin pada gerak hati, ‘woman intuition’ ku yang mengatakan lelaki itu bukan dirimu. Aku bukanlah gadis yang cerewet dalam memilih pasangan hidup. Siapalah diri ku ini untuk memilih berlian sedangkan aku hanya sebutir pasir yang wujud di mana-mana.


Namun, aku juga punyai keinginan seperti gadis lain dilamar lelaki yang bakal dinobat sebagai ahli syurga, memimpin ku ke arah tuju yang satu. Tidak perlu kau mempunyai wajah seindah Nabi Yusuf a.s. yang mampu mendebarkan jutaan gadis untuk membuat ku terpikat. Andainya kaulah jodoh ku yang telah tertulis di luh mahfuz, Allah pasti mencampakkan rasa kasih di dalam hati ku, jua hati mu kali pertama, kita berpandangan. Itulah janji Allah.


Akan tetapi selagi kita tidak diikat dengan ikatan yang sah, selagi itu janganlah kau zahirkan perasaan itu kepada ku, kerana kau masih belum berhak untuk berbuat begitu. Juga jangan kau lampaui batasan yang telah ditetapkan syara’.


Aku takut perlakuan itu akan memberi impak yang tidak baik dalam kehidupan kita kelak. Permintaan ku tidak banyak, cukuplah diri mu yang diinfaqkan seluruhnya pada mencari keredhaan Illahi. Aku akan berasa amat bertuah andai dapat menjadi tiang seri atau sandaran perjuangan mu.


Bahkan aku amat bersyukur pada Illahi, kiranya akulah yang ditakdirkan meniup semangat juang mu, menghulurkan tangan ku untuk mu berpaut sewaktu rebah atau tersungkur di medan yang dijanjikan Allah dengan kemenangan atau syahid itu.


Akan ku kesat darah dari luka mu dengan tangan ku sendiri. Itu impian ku. Aku pasti berendam air mata darah andainya engkau menyerahkan seluruh cinta mu kepada ku. Bukan itu yang ku impikan. Cukuplah kau mencintai Allah dengan sepenuh hatimu. Kerana dengan mencintai Allah, kau akan mencintai ku keranaNya. Cinta itu lebih abadi daripada cinta insan biasa. Moga cinta itu juga yang akan mempertemukan kita kembali di syurga.


Aku juga tidak ingin dilimpahi kemewahan dunia. Cukuplah dengan kesenangan yang telah diberikan ibu bapa ku dulu. Apa guna menimbun harta untuk kemudahan ku sekiranya harta itu akan membuat kau dan aku lupa tanggungjawab mu. Aku tidak akan sekali-kali bahagia melihat mu begitu. Biarlah kita hidup di bawah jaminan Allah sepenuhnya. Itu lebih bermakna bagi ku.

December 21st, 2008


Sahabatku para penghafal al-Quran


Sesungguhnya Allah akan menguji hamba-hambaNya yang menghafal al-quran. Sejauh mana keazaman kita dalam hafazan. Oleh sebab itu, kita lihat ramai yang menghafal al-quran yang diuji dengan pelbagai ujian yang kadang-kadang kita rasa tidak mampu untuk menanggungnya. Maka tidak hairanlah kita menyaksikan mereka yang telah menghafal al-Quran tewas dan terlibat dalam maksiat yang sangat parah.


Al-Quran tidak akan lekat di hati orang-orang yang tidak mampu untuk menjaganya sebaik mungkin, maka beruntunglah mereka yang menghafal, menghayati serta mengamalkan isi al-quran tersebut…


Jadikanlah tujuan dan matlamat disebalik menghafal al-Qur’an semata-mata hanya kerana ingin mendekatkan diri kepada Allah, (Ikhlas) serta hadirkan dalam hati bahawa apa yang dibaca itu adalah kalam Allah. Jauhilah dari menghafal al-Qur’an untuk mendapatkan kedudukan disisi manusia (dipuji) ataupun untuk mendapatkan habuan dunia.


Lupa hafalan al-Qur’an adalah antara musibah yang besar. Sebenarnya hanya orang-orang yang terpilih sahaja yang dapat menghafal al-quran.


Imam Syafie Rahimahullah yang terkenal dengan cepat hafalannya pun pernah mengadu kepada gurunya Waqi’ Rahimahullah bahawa suatu hari dia terasa amat sukar untuk menghafal, lalu gurunya menunjukkan kepadanya satu bentuk rawatan yang tegas iaitu dengan meninggalkan perkara-perkara maksiat dan membersihkan hatinya dari semua perkara yang menghalang dari tuhannya. al-Quran adalah cahaya . Cahaya Allah tidak dapat bersama dengan perkara kemaksiatan.


Para Sahabat yang ku kasihi..


Mata kita selalu melihat al-Quran, tetapi dengan mata ini juga kita selalu melakukan zina mata (cth :melihat aurat perempuan), telinga ini selalu mendengar kalam Allah, tetapi dengan telinga ini juga kita selalu mendengar apa yg bertentangan dengan Kata-kata Allah(cth: Muzik syaitan) , mulut ini sentiasa membaca KalamNya, tetapi sering juga mulut ini mengumpat, membuka aib orang, jari-jemari kita sentiasa memegang Mushaf al-Quran, tetapi dengannya juga kita selalu SMS atau Chating dengan perempuan tentang perkara-perkara yang sia-sia…


Adakah kita sering meninggalkan tidur kita semata-mata untuk bangun Solat Tahajjud . Qiamulail adalah warisan bagi mereka yang menghafal al-Quran.


Sehari kita tinggalkan al-Quran, Seminggu al-Quran meninggalkan kita, Sebulan kita tinggalkan al-Quran, Setahun al-Quran meninggalkan kita..


Walaupun seharian kita sibuk dengan pelajaran , utamakan tanggungjawab kita dengan al-Quran terlebih dahulu, Kerana apabila kita mengutamakan al-Quran, Allah akan mengajar kita kerana ilmu itu datang dariNya, dan akan mempermudahkan segala urusan kita. Insya Allah.


Banyak manakah kita meluangkan masa kita bersama dengan al-Quran (Muraja’ah/Mengulang) dalam seharian ?? Murajaah/ulang semula akan apa yang telah dihafal merupakan tanggungjawab kita dengan Allah.


Sudahkah kita berahklak dengan Akhlak al-Quran. Sedangkan perbuatan kita seharian selalu bertentangan al-Quran. Malulah kita dengan al-Quran terutama lagi dengan Pencipta kita , Allah.


Sekadar peringatan untuk diri sendiri yang lemah dan hina ini, dan peringatan juga buat sahabat-sahabat yang menghafal al-quran.


Uhibbuka Fillah Barakallahu fikum…


القرءان أهل من اجعلنا اللهم

الذين هم أهلك وخاصة


~dipetik dari blog Said Hawwa; http://saidhawwa.com~

Renung-renugkanlah bersama..

Khas buat dirimu..
Pernah seketika dulu saya rase saya
xberguna..
Duk dlm kelas kwn2 sume xsuke..
Saya nk join org diorg kata saya
nyibuk..
Ade gk yg kate saya kuat emo..
Sket2 nk mrh..
Pdhal sbnanye saya nk tgo diorg wat
slh..
Pstu saya cube wat lwk
konon nk tarik perhatian org len
saya pg gmbira bila ade org glk ngn
lwk saya
espcially dak2 pmpuan..
Dk2 laki sume kate saya mat capap..
tapi saya xkesah..
asalkan ade yg terhibur..
Tapi saya tetap merasakan kekosongan..
Mmg lumrah manusia..
Sorg lelaki akn tertarik kpd wanita
Cmtulah yg saya rasa..
Saya tgk kwn2 dh ade yg couple..
kt dorm sms2 awek smpi pg..
ade yg call awek smpi 1 mlm leh abis 10
rggit..
Saya mule fikir..
Adakah aku perlu BERCINTA?
Dgn mnggunakan akal sorg plajar tgktn 4
itu..
saya pn mule mnanam tekad utk
bercouple..
dn mse tu la saya knl awk..
saya rse saya dh jmpe org yg plg pntg
dlm
idup saya..
Mula2 awk jual mhl..
tapi saya xkesah..nk bli gk..
huhu..lst2 pndek cte..saya pn mulalah
BERCINTA..
Mse brcinta,mmg saya sgt2 bersemangat
Ape org minang kate..ALL OUT lah..
huhu~~
Saya salu call awk,awk pn salu call
saya..
gayut mlm2..kdg2 saya pn abis rm10 1
mlm..
Tapi sgala PENGORBANAN yg dilakukan
mse tu..
Xtrase pn kehilangannye..
Mse bercinta mmg indah..
Sumenye indah..
Sket2 guro2 n glak2
Kalo merajuk men pujuk2..
Kalo birthday men wish2..
Utk diri ni,trasa amat bhagia..
Sbb mse tu la trase diri ni dihargai..
Saya prnh pikir..
Biarlah kwn2 saya tu pndg saya smcm n
kata
saya mcm2..
Aslkan awk memahami saya..
Satu hr saya dgr ceramah..
Alhamdulillah..
Dlm ceramah tu saya sedar,saya byk wat
dosa
n saya kna brubah..
Hidup saya msti selari ngn islam..
Saya kne jadi baik..
Sbb mmg tu fitrah manusia..
Ignkn kebaikan..
sume org nk msuk sayaurga kn?
Sejak dr tu saya mula rapatkn diri ngn
msjid..
Rapatkan diri ngn Al-Quran..
Salu smyg jemaah..
Salu dgr tazkirah..
Saya xnk jd baik sorg2..
so saya ajak awk skali..
Saya ajk awk bce quran..
saya ajk kjut awk bgun subuh..(calling)
saya ajk awk bg2 tazkirah..
Mula2 awk trkejut ngn perubahan saya..
Awk igt saya dh nk jd alim, nk brenti
couple.
Saya kate,kite bkn wat salah..
bercinta kerana Allah..
Kite couple x mcm org len..
Org len couple jiwang2 je..
ade yg siap wat mksiat lg..
pgg2 tgn n so on..
Tapi kita couple baik2..
Jge batas2 syaaro’..
xnk gune ayat jiwang2
jnji xnk jmpe,tkut brlaku mksiat..
Dan awk trima perubahan saya tu..
Saya pn byk nasihat awk..
Awk pn trima..
Walopn kdg2 awk merajuk sbb tguran
saya tu
awk xdpt nk adapt..
tapi saya phm,prubahan mmrlukan mse..
Dan akhirnya saya rasa..
Hubungan kita semakin diredhai..
Saya salu doa supeya kita akn kekal
smpi
ke gerbang perkahwinan..
Dlm proses prubahan saya,
Saya mula sedar Dakwah itu wajib..
Kita kne mnyampaikan pd org ttg
kbenaran.
Kalo x..
kita akan dipertanggungjwbkn oleh Allah
di akhirat kelak.
sesuai dgn firmanNya dlm surah Al-
A’raf,
surah ke 7,ayat ke 164:
Dan (ingatlah) ketika suatu umat di
antara mereka berkata: “Mengapa kamu
menasihati kaum yang Allah akan
membinasakan mereka atau mengazab
mereka
dengan azab yang amat keras?” Mereka
menjawab: “Agar kami mempunyai alasan
(pelepas tanggung jawab) kepada
Tuhanmu,
dan supaya mereka bertakwa”.
Pstu saya mulala bg tzkirah pd kwn2..
adek2..
Tgo diorg ape2 je yg diorg wat silap..
Saya xleh thn bile tgk org wat
slh/dose..
Saya msti nk tgo.
Selemah2 iman tgo ngn ati, oleh sbb
saya
nk jd org kuat iman..
pe lg..tgo je la direct..huhu~~
Pstu satu mse..
saya trbace psl couple..
“COUPLE HARAM”
Saya xcye..
tapi bile bce detail2 yg die bg..
cm btul lak..
huhu~~
tapi biase la kan..
kalo kite suke satu mnde tu..
kite ttapi akn cri alsn utk mneguhkn
pndpt
kita..
Saya pn wt xtaw psl mnde tu..
N truskn je hubungan kite..
kite x buat mksiat..
Kita x jln2 pgg tgn..
X jiwang2..
Juz saling ambil berat..
Tnye kaba..
Borak2..
Siap bg tzkirah2 lg..
Pe yg haramnye ngn mnde cmni kn?
huhu~~
Xkesahlah..


Mse trus berlalu…
Mse ni dh nk dkt Trial SPM..
lg 3mggu kot trial..
ntah..lupe la..
xctat dlm diary..
sbb saya xde diari pon..
huhu..
Dlm mse tu, saya mmg rajin aja2 kwn..
Pd mse yg sme bg tzkirah kt diorg..
Ade yg respek..
ade yg prospek..(pndg slack)
Kdg2 bile tgur..
saya kne marah balik..
mcm2 la
ade kate tgur x berhikmah..
ade yg kate saya poyo je..
Tapi xpe..
saya ade tmpt ngadu..
huhu~~
Suatu masa..
ktika sdg mntadabbur Al-Quran sorg
diri..
saya trtjmpe ayat ni..
Mengapa kamu suruh orang lain
(mengerjakan) kebajikan, sedang kamu
melupakan diri (kewajiban) mu sendiri,
padahal kamu membaca Al Kitab (Taurat)?
Maka tidakkah kamu berpikir?
(Al-Baqarah, ayat 44)
Saya pn trfikir..
“Slama ni aku dok tgo org je.
Tapi aku sndri msih byk kekurangan,
Cpt mrh, suka buang mse,
ade gk dose2 kcik yg msih dilakukan..
cmne yek?”
Pstu trjmpe lak ayat ni..
Dan janganlah kamu campur adukkan yang
hak dengan yang batil dan janganlah
kamu
sembunyikan yang hak itu, sedang kamu
mengetahui.
(Al-Baqarah ayat 42)
Tetibe saya trfikir satu kritikan kwn..
“Ala ko tu..ckp brasap..gaye alim,tapi
couple gk..sme je ko ngn kitorg..tgo
org
konon..”
Berfikir sejenak..
Sbnanye brcouple ni leh ke x?
Adakah slame ni saya hnye mnganggap ia
boleh?
Dh tu, npe saya rse malu bile mak dan
ayah
tau saya slalu contact prmpuan?
Dan terkadang rasa serbe salah?
Mcm2 yg saya fikir..
Dipendekkan crita lg skali..
saya ke penang utk mngikuti satu
seminar
dkwh..
Saya hrp dgn seminar ni kefahaman saya
mngenai dakwah akn lbih mntapi..
Sblum g sminar tu..
saya stil sms2 lg ngn awk..
tnye khbr..
smpt lg psn2 spye jgn lpe bce quran
arini..
dlm pikiran saya..
“Ni kira dkwh gk ni..saling
ingat-mngingati..”
Mjlis malam tu berakhir dgn sesi
ta’aruf,
kul 10 sume org dh bebas nk wat pape..
Lgpn ktorg pnt..
xkn nk pnjg2kn program smpi tgh mlm..
pihak penganjur pn phm..
Ttbe saya trgerak hati utk brkongsi
mslh
ngn fasilitator yg ade kt situ..
Saya rse ni la mse trbaik nk tnye pndpt
die psl couple.
Tapi saya tragak2..
“kalo betulla couple tu
salah..abistu,nk
wat cmne? Aku kne clash ke?
Aaah,watapie pikir cmtu..tnye je la.
Kalo
xwat salah nk watapie tkut..”
Lalu saya mnghampiri Brother
fasilitator tu..
Mse tu die tgh belek2 trjemahan quran
die sorg2..
“Assalamualaikum, bang, saya nk tnye
sket
bule?”
“Em,boleh..duduklah. Nta nk tnye ape?”
“Er..cmni,saya nk tnye sket. Sblom saya
trlibat ngn dkwh ni, saya ade la knl
sorg
kwn ni, prmpuan la. Tapi bknla stakat
kwn
biase..rapat gk la. Bkn rapat
biase,tapi
rapatla..”
“Bercinta ke?”
Saya malu nk tckp yg saya couple. Kg
ape lk
brother tu kate..msti die pndg slack
nnt. Saya angguk je la. Pstu saya
tnye..
“Sbnanye..couple ni boleh ke tak bang?”
“Akhi, mmg fitrah manusia, lelaki akan
trtarik kpd perempuan, bgitu juga
perempuan akn trtarik kpd lelaki. Tapi
dlm
islam, perasaan tu prlu ada batasnya.
Pergaulan prlu dijga. Kn Allah firman
dlm surah Al-Isra’, surah ke 17, dlm
ayat yg ke 32:
Dan janganlah kamu mendekati zina;
sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan suatu jalan
yang
buruk.”
“Tapi bang,saya xnmpk pn mnghampiri
zina.
Niat kami baik. Saya dh cuba sdaya
upaya
mngawal perhubungan kami. SMS2 pn xdela
jiwang2,slalu bg tzkirah. Kami selang2
bg, harini saya, esok die. Kn ke baik
tu?”
Saya xnk mengalah.
“Mmg betul niat nta baik. Tapi igt,
niat
xpernah mnghalalkan cara. Yg batil
ttapi
batil, yg haq ttapi haq. Cbe tgk ayat
ni.”
Smbil brother tu bkk quran die, dan
tnjuk kt saya ayat ni:
Dan (juga) kaum Ad dan Tsamud, dan
sungguh telah nyata bagi kamu
(kehancuran mereka) dari (puing-puing)
tempat tinggal mereka. Dan setan
menjadikan mereka memandang baik
perbuatan-perbuatan mereka, lalu ia
menghalangi mereka dari jalan (Allah),
sedangkan mereka adalah orang-orang
yang
berpandangan tajam.
(Surah Al-Ankabut,Surah 29, ayat 38)


“Akhi, kalo nta tgk ayat ni, setan
telah
buat nta pndg indah mnde buruk yg nta
lakukan. Walopun nta brpandangan
tajam,mksdunye nta berilmu tinggi.
Mmgla pd mulanya niat nta baik, tapi
igt,
setan licik. Dia akn sdaya upaya buat
nta trjerumus ke dlm kemaksiatan..”
Saya pn ckpla..
“Tapi bang, saya dh jnji ngn die xnk
jmpe
lg. Sbb saya tau kalo brjumpe nnt byk
bhyenye. Dan die pn stuju. Kami sme2
mnjge diri. Xkn ia boleh mmbawa kpd
zina
jugak bang?”
“Em,btul,nta dh jnji xnk jmpe ngn die
lg. Nta dh dpt elakkan zina mata, zina
tangan, zina kaki. Kalo nta jnji xnk
call die selalu, nta dpt elak zina
telinga dan zina lidah. Tapi akh..msih
ada
zina yg ttapi nta xdpt elak bila
bercouple..”
“Zina hati?” Saya mncelah.
“Betul, zina hati. Semua ni la yg
Rasulullah jelaskan dlm hadithnya
bagaimana menghampiri zina tu. Nta
boleh
check dlm Riyadhus Solihin, bwh bab
larangan melihat wanita. Rasulullah
sabda, mata boleh berzina dgn melihat,
lidah boleh berzina dgn kata2, tgn
boleh
brzina dgn brpgangan. Kaki boleh
berzina
dgn berjalan ke arah tmpt mksiat. Hati
pula boleh berzina dgn merindui,
mngingati, mmbayangi si die.
Hakikatnye,
cmne pn nta wat, nta ttapi xdpt lari
drpd
zina hati.”
Saya terdiam..kelu. Xtau nk kata apa2.
Sume yg brother tu kate xnmpk pe yg
salahnya. Pstu die smbung..
“Ana dulu pn couple gk. Lg lme drpd
nta.
Sjk skolah smpi dh msuk U, dkt nk gred.
Tapi bila ana sdar psl ni, ana trus
tinggalkan. Ana siap dh pikir, dialah
bakal isteri ana, yg akan jd ibu kpd
anak2 ana. Kalo nk ikutkan lg besar
mslh
ana drpd nta.”
“Saya riso la bang. Nnt pe kwn2 die
kata.
Dulu saya slalu mntk tolong diorg utk
rpt
ngn die. Sure nnt diorg sume xpuas hati
ngn saya. Dan die sndri lak, saya
takut pape
akn jd kt die kalo die xdpt trima
keputusan ni. Sbb kami dh rapat sgt2″
Mse tu saya dh mule sebak dah. Malu
tol.
Nangis dpn brother tu cte psl mnde ni.
Ntah pape. Seb baik xde org len tgk
mse tu.
Brother tu jwb..
“Kalo kwn2 die xpuas hati pn, diorg nk
watapie? Paling truk pn,diorg akn
mngata
di blakang nta. Nta x kurang sket pn.
Lg
pn, dalam berdakwah ni, kita nk cari
redha Allah, biarlah org nk kata ape2
skali pn, yg pnting redha Allah. Kalo
Allah xredha, sumenye dh xbrmkne lg.”
Saya trdiam lg.
“Psl die plak, cbe nta pikir dr sudut
positif, mungkin die akn trima
keputusan
nta scara matang. Mungkin dia juga akn
buat keputusan utk tidak lg bercouple.
Ana yakin,die xkn buat apa2 perkara
bodoh. Kalau die wat skali pn, tu bkn
tggungjwb nta, ape yg nta nk wat tu
btul, meninggalkan mksiat. Semua org
akn
tggung balasan atas perbuatannya
sndiri.”
Saya dh xdpt thn lg. Mse tu saya
nangis, saya
dh sdar gy saya kne berhenti couple. Dh
jelas skg, Couple tu haram.
“Jd cmne nk wat bang?”
“Ana dlu, hntr 1 sms je kt die. Ana
trgkn die hubungan yg dibina tu salah.
Mntk maaf, kita berakhir di sini. Tlg
jgn cari saya lg. Pstu ana trus tuka
no.
Die xcontact ana lgsung dh pstu.”
“Mksudnye, saya xleh cntct die lg ke?
Tapi
bang, saya ade gk kwn prmpuan lain,
leh lk
saya cntct diorg?”
“Dgn die ni lain. Nta dh pernah ade
’sejarah’ ngn dia. Tapi, kalau nnt
ditaqdirkan nta satu universiti ngn
dia,
satu kuliah, pstu kne lk wt group
discussion, mse tu nta hnye lyn die juz
sbg group discussion partner.”
Ttbe saya trfikir..
“Die ni nk suro aku clash mlm ni gk ke?
Skg gk? Xknla awl sgt?”
Saya ckp..
“Saya rasa saya lom ade kekuatan la
bang.
Leh x saya tggu smpi saya ade kekuatan
br saya
tgglkn mnde ni?”
Saya bajet nk lari la. Skali die jwb..
“Akh, nta kne igt. Kekuatan tu xleh
ditunggu, tapi ia prlu dibina. Allah
xkn
ubah keadaan sesuatu kaum sehingga kaum
itu mngubah keadaan dirinya sndiri,leh
rujuk surah Ar-Ra’du,surah ke-13,ayat
11. Lgpn,nta nk tggu smpi bile bru nk
tgglkn couple ni..abg2 kt sini pn ramai
yg prnh couple, bile msuk dkwh, diorg
tgglkn.”
Alamak…xleh lari lgla nmpknye..saya
rase
cm brother ni pkse saya clash mse tu
gk.

“Sumenye dh jelas rsenye..Nmpknye saya
kne
tgglknla mnde ni gk ye. Cm xlrt rsenye
nk tkn button tepon ni. Rse xsggup.”
“Kalo xsanggup meh ana tolong
tekankan.”
“Eh, xpe la bang. Biar saya taip
sndri.”
Tragak2 saya nk taip mse tu.
Tapi saya gagahkn gk diri..
“Semuanya dh jelas..buat ape aku tgguh2
lg. Tkut nnt hidayah ni Allah tarik,
ssh
lak nk tgglkn. Kn aku salu doa supaye
dijauhkn dr mksiat..jd rsenye, inilah
msenye..”
Lalu perlahan-lahan saya taip sms tu..
“Assalamualaikum..
Sbnarnya slama ni hubungan kita salah
di
sisi islam. Saya igt dgn mengubah cara
pergaulan kita, ia dh dibolehkn, tapi
sbnarnya ia ttapi berdosa. Saya hrp
awk akn
istiqamah truskan perubahan yg awk dh
buat, krn Allah. Saya mntk maaf ats
segala
yg dh berlaku. Kalau ada jodoh
insayaa-Allah, akn bertemu jua.
Assalamualaikum..”
Berat tul nk hntr msg tu kt awk. Saya
msih
xmmpu nk ucap slmt tggl. Sbb tu dlm sms
tu saya juz akhirkan dgn ucapan salam.
Lps beberapa ketika..saya tkn gk button
[send].
Pstu tertera kt skrin..
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Mse tu saya rse cm sparuh idup saya dh
hilang. Cm xcaye je..saya dh hntr 1
sms, dan
clash ngn awk..
“Terima kasih bang..”
“Takpe, dh tggungjwb..”
Mlm tu saya saya tdo ngn linangan air
mata..
X sangka..mmg x disangka..
Saya mmg xpnh trpikir utk clsh, tapi
tu la
yg terbaik untuk kita sbenarnya..
Teringat ayat Allah..surah Al-Baqarah,
ayat 216..
Diwajibkan atas kamu berperang, padahal
berperang itu adalah sesuatu yang kamu
benci. Boleh jadi kamu membenci
sesuatu,
padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi (pula) kamu menyukai sesuatu,
padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedang kamu tidak
mengetahui.
Masa terus berlalu..
Saya trus sibukkan diri ngn keje2
lain..
Dlm usaha nk lupekan awk..
bkn sng..
tapi saya trus cuba.
Saya slalu bg tzkirah..igtkn org..
Saya bg taklim kt msjid, cte kt org,
couple haram, tunjuk sgala dalil..
Mcm2 yg berlaku…
ade kritikan..
ade gk yg stuju..
tapi xkesahlah sume tu..
Tbe2 1 pg ni..
dpt lk msg dr awk..
awk bg gmbr bunga..
bwh tu ade ayat..
“Seindah gubahan pertama..”
Saya rse awk stil xleh lupekan saya..
Saya pn pk..kne tgskn rsenye..
Pstu saya hntrlah sms ni..
Dan rasanya itulah yg terakhir..
“Tiada yg lebih indah drpd mndapat
keredhaan ilahi..seindah manapun
gubahan
pertama tu, slagi xmndpt keredhaanNya,
ttapi xbrguna..
Assalamualaikum..saya tau dlu saya
ckp, kalo
ade jodoh, insayaa-Allah akn bertemu
juga.
Tapi saya xnk awk tggu. Lupekan saya.
Biar
Allah yg menentukan..
Lg 1, jgn cari cinta manusia,
ia pnuh dgn pnipuan,
kekecewaan,
dan xkekal..
Tapi carilah cinta Allah..
tiada penipuan,
tidakkan pernah mengecewakan
itulah cinta abadi..
Cinta yg diredhai..
-Yang Terakhir- ”
[send]
[SENDING..]
[MESSAGE SENT]
Saya dh buat keputusan.
Saya psti apa yg saya buat ni btul.
Saya yakin, Allah akn sediakan yg
terbaik
untuk saya.
Saya xkn berpatah balik..
Xkan..buat selama-lamanya..

sebuah kisah sebagai renungan bersama….


“Majlis akad nikah itu baru sahaja usai. Saya dan beberapa orang sahabat masih menikmati minuman ringan yang disediakan oleh pihak tuan rumah. Tiba-tiba seorang lelaki tua yang memang saya kenali menarik tangan saya dan bertanya, “Kenapa orang sekarang kahwin lambat sangat?” Saya lantas bertanya, “Tuk dulu kahwin cepat?”


“Umur 15 tahun, nenek kau dah dapat anak seorang…” Terbayang anak perempuan saya yang menuntut di tingkatan 5 sekarang.


Sukar nak membayangkan betapalah di usia itu dia sudah mempunyai anak.


“Bahagia Tuk?”


“Tak bahagia apa… anak Tuk 12 orang!”


Terhibur saya berbual dengannya, semuanya diukur dengan angka.


“Saya berkahwin pada umur 21 tahun. Waktu tu masih menuntut lagi, orang heboh saya tak sabar,” adu saya tanpa dipinta. Sengaja mengundang reaksi.


“Tak sabar? Pelik, kalau zaman Tuk, tu kira terlajak dah tu!”


“Betulkah saya tak sabar, Tuk? ” tanya saya semacam mengusik.


“Eh, taklah. Kalau nak buat baik, eloklah cepat. Selamat dari maksiat. Kalau betul tak sabar, Tuk ni lagilah tak sabar… umur 17 tahun dah kahwin, heh, heh, heh…”


“Setuju tak Tuk kalau dikatakan soal kahwin ni bukan soal cepat lambat, tapi soal dah bersedia atau tidak?”


“Setuju. Tapi kena hurailah maksud persediaan tu…” tajam Tuk membalas.


“Kalau ikut pandangan Tuk, apa agak-agaknya persediaan tu?”


“Soal ni tak boleh agak-agak… Mesti tepat.”


Terkedu saya dibuatnya. Tuk ni bukan sebarang orang.


“Maksud bersedia bukan sahaja dari segi umur… Asal akil baligh dah boleh kahwin. Bukan sahaja diukur oleh badan yang sihat, pendapatan yang cukup, tapi yang penting kematangan diri… Ertinya, seseorang yang nak kahwin mesti dah mula dapat berfikir dengan baik, dah boleh sedikit sebanyak kawal perasaan, dan jiwa tu sikit-sikit dah agak tenang.”


Saya menung panjang. Tertikam di sudut hati petanyaan, sudahkah saya matang sewaktu mula berkahwin dahulu?


“Jangan menung… Tuk cuma kata, dah sedikit sebanyak matang. Tak payah tunggu matang betul… nanti tak kahwin pula!” usik Tuk seperti dapat membaca fikiran saya. Walau tanpa ijazah, Tuk sebenarnya sedang menjelaskan asas kebahagiaan rumah tangga yang kadang kala tidak dapat ditimba di mana-mana menara gading.


“Macam mana nak matang?” tanya saya perlahan. Malu rasanya untuk diajukan soalan sedemikian di usia 40-an ini. Terasa terlambat!


“Tentulah dengan ilmu. Dulu Tuk dan kawan-kawan… umur sebelas tahun dah khatam Quran. Dah selesai belajar ilmu fardu ain. Rukun, sah, batal dan lain-lain ilmu asas dah OK. Bila sudah baligh buka kitab Muhimmah, baik lelaki, baik perempuan. Dah diterangkan tanggung jawab suami, isteri dan asas-asas kerukunan rumah tangga.”


“Itu sahaja? Ilmu lain?” soal saya pendek.


“Eh, perlu. Mesti ada ilmu untuk cari rezeki. Yang otak baik, jadilah guru, pegawai kerajaan… ikut keadaan zaman tulah. Tuk ni tak nasib baik… kerja kampung sahaja, guna tulang empat kerat, buka tanah.


Itulah dusun yang Tuk kutip hasilnya sampai sekarang ni…”


“Tapi sekarang Tuk dah senang. Dengarnya dah dua kali naik haji.”


“Tak senang. Tapi mudah-mudahan… tenang. Tulah doa Tuk, biar hidup kita tenang.”


“Agaknya sebab kurang matang nilah orang sekarang kahwin lambat?” cuit saya, kembali ke tajuk asal.


“Ni agak Tuklah. Budak sekarang tak macam dulu. Mereka ni macam lambat matang. Kalau dulu umur 13 dah boleh pikul tugas. Dah berdikari, dah boleh harap jaga emak bapak. Setakat jadi imam dan baca berzanji tu lancar… tapi sekarang lain, umur dah 23 tahun pun masih bergantung kepada emak bapak. Nak jadi imam? Jauh sekali.”


Terbayang kekesalan di wajahnya. Dia menyambung, “Sekali tu Tuk tengok betul-betul dengan mata kepala ni macam mana seorang bakal pengantin tersekat-sekat mengucap kalimah syahadah depan tuk kadhi. Bila tanya rukun sembahyang, geleng kepala. Yang dihafalnya rukun nikah saja…”


“Kalau macam tu macam mana?”


“Baik tak usah kahwin. Macam mana dia nak pimpin isteri dan anak-anaknya nanti? Tu baru ilmu yang paling asas, belum lagi ilmu… apa orang kata… … parenting skill.”


“Tuk pun tahu parenting skill?”


“Sekarang ni macam-macam sumber ilmu ada. Di radio, tv, ceramah, buku-buku… ah, macam-macam.”


“Tapi Tuk, kalau tak kahwin pun susah juga… Nanti terjebak dengan maksiat,” kilas saya.


“Tulah, ajaran Islam ni macam mata rantai. Lepas satu disambung satu. Bermula dengan yang paling utama, diikuti yang kedua, ketiga dan seterusnya… Ilmu tauhid, fekah dan akhlak perlu diasak di awal usia. Diiring ilmu akademik. Jadi, bila dah nak kahwin nanti, ilmu tu semua dah ada. Persediaan agama ada, persediaan material ada.”


“Macam mana kalau ada yang lambat-lambatkan kahwin kerana katanya belum bersedia, dari segi material dan agama?”


“Apapun biarlah berpada-pada. Kalau nak diikutkan ilmu agama… sampai mati pun tak akan habis dituntut. Cukuplah sekadar keperluan dulu dan tambah lagi selepas kahwin. Begitu juga soal material, soal kerja, profesion… Ni pun tak akan habis-habis. Ukurlah ikut keperluan dan
kemampuan diri. Jangan sampai terlanjut usia sudahlah. Jangan nanti ilmu ada, matang ada, duit ada, calon pulak tak ada…”


“Tuk lihat macam mana keadaan anak muda masa kini?” terluncur soalan yang berbau akademik tanpa saya sedari.


“Akibat tak ikut tertib dalam menghayati ajaran Islam, keadaan jadi agak lintang-pukang sekarang. Yang berkat jadi mudarat. Tak dikahwinkan, membuat maksiat. Bila dikahwinkan, tak bertanggungjawab.”


“Antara dua keadaan ni… yang mana patut kita pilih?”


“Perlukah kita buat pilihan? Pada Tuk… pilihlah keadaan yang tidak memaksa kita membuat pilihan!”


Saya terdiam. Kagum. Kata-kata tersirat itu boleh mengundang seribu wacana para sarjana!

Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan:-


1. Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.


2. Rasulullah s.a.w mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).


3. Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.


4. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama ayam. Di khuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindak balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.


5. Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan kanan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sains telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)


6. Sabda Nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan InsyaAllah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.


Wallahu A’lam

Bukan mudah hendak mengubah persepsi kita tentang bercinta. Sekian lama kita membentuk satu tanggapan dalam fikiran bahawa cinta adalah pra-syarat perkahwinan. Bahawa perkahwinan itu mesti didahului oleh hubungan cinta. Ada “dating”, hubungan telefon dan lain-lain. Bila dikatakan ada keindahan cinta selepas perkahwinan, kita menganggap janggal kerana ia berbeza dari persepsi kita tentang cinta. Oleh itu bermacam-macam persoalan timbul. Bolehkah bahagia bila berkahwin tidak didahului hubungan cinta? Bolehkah serasi? Dan bermacam persoalan lagi.


Mungkin kerana itulah agaknya ramai yang menganggap kehangatan cinta akan mendingin selepas berkahwin lalu mereka ingin menikmati kehangatan itu sepuas-puasnya sebelum perkahwinan. Dan ada yang mengambil masa yang cukup panjang untuk bercinta sebelum perkahwinan, kononnya mencari keserasian agar cinta terus berkekalan setelah perkahwinan.


`Cinta Sebelum Perkahwinan`
Bercinta sebelum kahwin mempunyai berbagai risiko yang bukan sekadar
zina mata dan hati malah zina ang lebih besar yang boleh mengganggu jiwa sebab cinta sebelum kahwin ini adalah bersalut nafsu dan syaitan. Dalam keadaan sebegini bagaimana mungkin kita memiliki khusyuk di dalam sembahyang kalau diri diselaputi iblis dan syaitan?? Apabila hati kita diisi oleh cinta manusia dan nafsu, tiada tempat untuk cinta Allah.


Oleh yang demikian Islam amat menekankan kawalan terhadap hati agar tidak mudah terpesong meletakan neraca perasaan cinta kepada yang bukan hak melalui amalan seperti doa dan sebagainya. Antara doa yang patut diamalkan : ” Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk”


Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.


Oleh itu jika kita sudah “fall in love”, pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu. Namun begitu adakala cinta itu datang tanpa dipinta. Atau dalam erti kata yang lain “cinta pandang pertama” yang sememangnya tidak diundang yang boleh menganggu minda dan imaginasi.


Dalam keadaan yang sedemikian kita amat digalakkan untuk mengamalkan doa tadi. Kedua, mengerjakan solat Istikharah dan berdoa : Ya Allah, aku suka orang ini, kalaulah dia ini betul-betul pilihan yang tepat untuk aku dunia akhirat, pertemukanlah jodoh kami. Jadikanlah dia isteri (atau suami) ku. Kalau tidak baik, Ya Allah, elakkanlah”. “if you love someone” mintalah kepada Allah yang mencipta diri kita. Ini kerana orang yang kita cintai itu juga adalah makhluk Allah. Allah berhak untuk menjadikan makhlukNya suka atau tidak.


Silap kebanyakkan kita sekarang ini, terus direct kepada empunya diri. Persoalan yang penting sekarang ialah apakah yang diperolehi oleh mereka yang bercinta sebelum kahwin apabila mereka sudah saling mengetahui segala perkara mengenai diri masing-masing. Sudah tidak ada nikmat selepas kahwin. Apatah lagi kalau sudah terlanjur, kemudian kahwin pula dengan orang lain dan ternyata suami itu cinta kepadanya. Individu akan menyesal kerana `she got nothing to offer` kepada suami yang betul-betul mencintainya. Ini akan melahirkan perasaan dendam dan bersalah.


Jadi eloklah dijagai perhubungan kita. Bercinta selepas kahwin adalah merupakan sunnah Rasul. Mungkin terlalu ideal atau terlalu jauh untuk melihat tradisi perkahwinan Rasulullah s.a.w dan para sahabatnya yang serba indah. Tetapi cukuplah kita mengimbau trend perkahwinan masyarakat Melayu Islam satu ketika dahulu yang menyaksikan ramai yang berkahwin atas pilihan ibubapa dan perkahwinan itu ternyata berjaya. Para ibubapa ketika itu memilih calon menantu mereka berdasarkan panduan yang diberikan oleh Nabi Muhammad s. a. w melalui sabdanya : “Dikahwini wanita itu atas empat perkara : harta, keturunan, rupa dan agama. Kahwinilah atas dasar agama nescaya kamu akan mendapat kebajikan”. (mafhum hadis) Bukan itu sahaja, malah trend masyarakat etika itu juga sangat memandang tinggi nilai akhlak dan budi. Jadi perkahwinan melalui orang perantaraan (match maker) yang dipercayai kesolehannya juga mudah dilaksanakan. Dan perkahwinan tanpa didahului cinta sudah menjadi perkara biasa pada ketika itu.Namun ini tidaklah menafikan perkara-perkara yang boleh dan memang dibenarkan oleh syariat untuk dilakukan sebelum sesuatu perkahwinan dipersetujui. Misalnya, seseorang dibolehkan melihat calon isteri atau suami, menyelidiki maklumat tentang pekerjaan, peribadi dan lain- lain latar belakang calon. Ini semua dapat dibuat dengan adanya pengaturan orang tengah - sama ada terdiri daripada keluarga atau teman-teman yang rapat. Tegasnya tidak payahlah seseorang itu sendiri bersusah payah mendapatkan maklumat tentang calon suami atau isteri melalui cara percintaan.Tidak hairanlah kalau suasana bulan madu akan lebih panjang malah akan terus berkekalan sepanjang perkahwinan. Marilah kita dekatkan semula keindahan cinta dengan mendekatkan diri kepada Pencipta cinta. Rumahtangga pasti berseri apabila suami isteri sama-sama cintakan Ilahi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DRUG OF THE DAY..

HARI INI..

MASA ITU EMAS

SALAM UKHUWWAH

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan (amal salih) dan berkata, 'Sungguh, aku termasuk orang-orang yang berserah diri'?"
[Surah Fussilat, 41:33]

~^.^~

ABOUT ME

My photo
Alor Setar, Kedah, Malaysia

LUAHAN HATI

POPULAR POSTS

KHABAR PALESTIN

PEMBACA

MY SAHABAT

MY AKHAWAT

IIUM FRIENDS

FOLLOWED BLOGS

ASMA' ALLAH AL-HUSNA

FAVORITE LINK

LA ILAAHA ILLALLAH..

BOYCOTT ISRAEL!!

BOYCOTT ISRAEL!!

FOLLOWERS