Alhamdulillah, pagi ni selepas solat Subuh, ana diberi kesempatan untuk mendengar tazkirah subuh yang disampaikan oleh Ust. Zainol Asri. Tazkirah yang amat menyentuh hati..buat pengetahuan semua, Ust. Zainol Asri merupakan ulama' muda yang tersohor dan dihormati di Kedah. Beliau merupakan lepasan Mesir yang belajar dlm Ilmu Hadis. Penyampaian beliau dalam kebanyakan pengajian banyak berkisar tentang hadis-hadis serta 'ulum hadis. Penyampaian beliau sangatlah menyentuh hati setiap orang yang mendengarnya. Jadi, di sini ana ingin kongsikan mutiara-mutiara ilmu yang ana perolehi baru sebentar tadi, semoga bermanfaat untuk kita semua..=')


Sebelum Ramadhan berangkat pergi, marilah kita muhasabah kembali amalan-amalan kita, adakah amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah? Ingatlah, Allah menilai setiap amalan -amalan yang dilaksanakan oleh setiap hambaNya. Hal ini disebut dalam salah satu ayat di dalam al-Qur'an:




وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَـلِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَـدَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

"Dan katakanlah, "Bekerjalah, maka Allah akan melihat setiap amalan kamu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."

(Surah At-Taubah, 9: 105)


Ayat ini menunjukkan bahawa setiap amalan yang kita kerjakan, walaupun sebesar zarah, akan dinilai oleh Allah tanpa sebarang pengecualian. Maka, cuba kita renung kembali, apakah solat kita khusyu' sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini? Apakah kita sudah melaksanakan solat yang terbaik buatNya sehingga layak bagi solat kita untuk diterima olehNya? Bagaimana dengan amalan-amalan kita yang lain? Adakah bacaan Al-Quran kita juga telah diterima Allah? Adakah kita cukup ikhlas dalam mengerjakan amalan-amalan tersebut? Ketahuilah bahawa Allah tidak menerima amalan-amalan kecuali yang baik sahaja, sepertimana sabda Nabi SAW:


أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ، لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّـبًا

"Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu thoyyib (bersih dan baik), Dia tidak akan menerima setiap amalan kecuali yg baik" [HR Imam Ahmad]


Cuba bayangkan jika kita mempunyai seorang pekerja yang diarahkan untuk menjahit baju kita, tetapi dia menjahit dgn perasaan tidak ikhlas, tidak sepenuh hati dan buat lebih kurang sahaja. Kemudian apabila pekerja itu sudah selesai menjahit baju kita, baju tersebut sangatlah tidak kemas dan singkat. Apakah perasaan kita pd waktu itu? Apakah yg kita akan lakukan pada pekerja tersebut? Sudah tentu kita akan merasa sangat marah, apatah lagi jika kain itu kain yang mahal. Dengan perasaan yg sgt marah, kita pasti akan mengambil kain itu dan melemparkannya ke muka pekerja tersebut untuk menunjukkan kemarahan dan ketidakpuasan hati kita terhadap hasil kerja yang dipersembahkan. Begitu jugalah perasaan Allah apabila seorang hamba tidak mengerjakan solat dengan khusyu' dan ikhlas keranaNya. Ketika malaikat membawa solat hamba tersebut menghadap Allah, Allah akan merenyukkan solat tersebut dan memulangkan semula kepada malaikat untuk dilemparkan ke muka hamba tersebut. Bayangkan jika solat yang selama ini kita kerjakan Allah perlakukan sebegitu rupa, apakah perasaan kita? Apakah ada jaminan bagi kita untuk menjejakkan kaki ke dalam syurga yang penuh nikmat? Ingatlah saudara, amalan pertama yang Allah akan lihat ialah solat, jika solat kita tidak diterima oleh Allah, bagaimana Dia akan menerima amalan2 kita yg lain?


Pernah suatu ketika, Rasulullah mengejutkan para sahabat untuk bangun berqiyamullail bersama-sama. Mereka berkumpul di masjid dan masing-masing mengerjakan qiyamullail di setiap sudut yang berlainan di dalam masjid tersebut. Rasulullah memerhatikan setiap sahabat-sahabat baginda yang khusyu' beribadah kepada Tuhannya. Baginda lalu menuju ke satu sudut di mana Abu Bakr ra sedang solat dengan penuh khusyu'. Rasulullah mendengar bacaan yang dialunkan oleh Abu Bakr. Tetapi apabila Abu Bakr membaca sepotong ayat dari Surah At-Taubah, dia tidak dapat meneruskan bacaan tersebut kerana tangisan yang teresak-esak. Ayat tersebut berbunyi :


إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَلَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الّجَنَّةَ يُقَـتِلُونَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْءانِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِى بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka. Mereka berperang di jln Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yg benar dari Allah di dlm Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yg lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dgn jual beli yg telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yg agung."

(At-Taubah, 9:111)


Berulang kali Rasulullah mendengar Abu Bakr mengulang ayat tersebut kerana dia tidak berjaya menghabiskan bacaan ayat itu lantaran tangisannya. Kemudian baginda menuju pula ke sudut -sudut lain di masjid untuk melihat sahabat-sahabat baginda yang lain. Setelah melihat para sahabatnya, Rasulullah pergi ke hadapan masjid, memberi salam kepada semua sahabat lalu baginda bertanya kepada Abu Bakr ra: "Wahai Abu bakr, mengapa engkau menangis ketika membaca ayat '...إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَلَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الّجَنَّةَ'? Abu Bakr ra menjawab: "Ketika membaca ayat tersebut, aku sedang memikirkan adakah amalan-amalan yang telah aku kerjakan akan dibeli oleh Allah."


Subhanallah, bayangkan seorang sahabat seperti Abu Bakr ra yang mempunyai iman yang kuat yang tidak setanding dengan iman seluruh umat Nabi Muhammad pun merasa takut amalan-amalannya tidak dibeli oleh Allah, apatah lagi kita yang tidak mempunyai iman sekental Abu Bakr ra, bahkan tidak tergolong dalam golongan yang dijamin masuk syurga, apakah kita merasakan demikian? Adakah kita pernah merasa takut, takut Allah tidak membeli amalan-amalan yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita ini? Ataupun kita tidak rasa apa-apa pun, bahkan kita merasa biasa, tiada apa-apa perasaan? Jika anda tidak merasa apa-apa, kembalilah mencari hati anda, hidupkan semula hati anda yang telah lama mati itu..masih lagi belum terlambat selagi nyawa masih dikandung badan..


Para salafus soleh yang terdahulu juga merasa perasaan seperti Abu Bakr ra. Allah telah anugerahkan kepada mereka perasaan sedih dan takut ketika menjelang waktu berbuka puasa sehingga mereka menggigil-gigil dan terketar-ketar untuk bertemu dengan waktu tersebut. Mereka merasa sangat takut sedemikian rupa kerana risau memikirkan adakah puasa dan amalan mereka diterima pada hari tersebut. Disebabkan inilah para sahabat dan salafus soleh akan berdoa selama 6 bulan selepas Ramadhan meninggalkan mereka supaya amalan-amalan mereka sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh Allah. Marilah kita sama-sama bermuhasabah sebelum ramadhan meninggalkan kita..masih belum terlewat lagi kerana Ramadhan masih lagi tersisa sehari lagi sebelum Syawal menjelma..jangan berputus asa untuk membaca al-Qur'an, meningkatkan amal-amal ibadah di detik-detik terakhir ini..dan setelah Ramadhan meninggalkan kita, sentiasalah berdoa selama 6 bulan seperti para sahabat supaya Allah menerima setiap amal ibadah yang kita kerjakan..insya Allah..kita juga mesti pastikan diri kita menangisi pemergian tetamu kehormat ini kerana ia hanya datang setahun sekali dan membawa seribu rahmat bersamanya..semoga dengan kesedihan kita ini akan menjadi penyebab Allah mengharamkan neraka ke atas diri kita sama seperti di saat kita bergembira dengan kedatangannya yakni Ramadhan..


Pada malam 1 Syawal, marilah sama-sama kita menghidupkannya dengan solat isya' berjemaah supaya hati kita sentiasa hidup, sebagaimana sabda Rasulullah: “Barangsiapa beribadah pada malam hari raya kerana mengharapkan redha Allah tidak akan matinya pada hari di mana hati-hati semua mati.”


Sama-sama lah kita renungkan dan selamat beramal..=')

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DRUG OF THE DAY..

HARI INI..

MASA ITU EMAS

SALAM UKHUWWAH

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan (amal salih) dan berkata, 'Sungguh, aku termasuk orang-orang yang berserah diri'?"
[Surah Fussilat, 41:33]

~^.^~

ABOUT ME

My photo
Alor Setar, Kedah, Malaysia

LUAHAN HATI

POPULAR POSTS

KHABAR PALESTIN

PEMBACA

MY SAHABAT

MY AKHAWAT

IIUM FRIENDS

FOLLOWED BLOGS

ASMA' ALLAH AL-HUSNA

FAVORITE LINK

LA ILAAHA ILLALLAH..

BOYCOTT ISRAEL!!

BOYCOTT ISRAEL!!

FOLLOWERS