Video ini MESTI tonton oleh semua... harap luangkan sedikit masa untuk fokus menonton selama 20 minit.

Video ini memaparkan pembongkaran perancangan konspirasi serta fitnah yang berlaku pada akhir zaman ini. Sebagaimana dasyat atau hebatnya konspirasi mereka, tiada siapa mampu mengatasi perancangan-Nya.

Dipetik dari http://www.salafus-sholih.blogspot.com/. Sumber asal dari brofat.blogspot.com (kini sudah ditutup).


Di sini ana ingin kongsikan apa yg telah ana baca dalam blog diari damia, ana sendiri terkejut apabila dapat tahu tentang iklan raya ni. Ana tidak sangka iklan sebegini sudah wujud dalam televisyen di Malaysia. Iklan seperti ini perlu disekat supaya ia tidak akan menyebabkan kanak-kanak sekarang menganggap agama Islam ini sama seperti agama-agama lain. Ikutilah perkongsian di bawah untuk maklumat yg selanjutnya..



Iklan Aidil Fitri: Pemuda PAS hantar bantahan ke TV3
KUALA LUMPUR, 5 Sept: Dewan Pemuda PAS Pusat akan menghantar surat bantahan ke stesen TV3 dan juga kepada Kementerian Penerangan berkaitan siaran iklan Aidil Fitri yang didakwa mengelirukan.

Iklan tersebut didakwa seperti cuba menyamakan perayaan Aidil Fitri dengan unsur-unsur Krismas, Hindu dan Buddha apabila memuatkan elemen menaiki beca terbang ala Santa Claus, bunga teratai dan pelita. SETERUSNYA..

Mari kita baca ulasan sahabat ini dari SINI

Scene 1 - Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingkap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu - Orang Melayu
2.Buku - Bible
3.Pondok Buruk Beratap Rumbia - Kemiskinan
4.Malam Yang Gelap - Islam yang mundur
5.Mentol Lampu - Pencerahan (Illumination) - Lucifer@Iblis
6.Sangkar Burung - Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM
7.Tingkap Terbuka - Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene 2 - Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar - Bible (Christianity)
2.Mukasurat Jawi terbalik - Al-Quran yang dihinakan
3.Beca Merah - Samaran untuk kenderaan Santa Claus
4.North Star - Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)
Pokok Krismas - Simbol Paganism


Scene 3 - Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura - Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.
2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih - POPE - Ketua Agama Kristian
3.Pelawaan Menaiki Beca - Pelawaan Masuk Kristian


Scene 4 - Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu - Bangsa Melayu.

Scene 5 - Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang - Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)
2.Teluk Intan, Hilir P...erak (Anson) - Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.
3.Kuala Lumpur - Malaysian Illuminati punya capital.


Scene 6 - Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.
1.Pasangan Melayu Extra - Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan


Scene 7 - Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo - Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang 'menyalib' setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.
Mungkin gambar ini kelihatan biasa bagi sesiapa yang tidak menyedari tapi secara kebetulan atau tidak, inilah hasil penelitian yang diperoleh..


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: "Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka" (2:120).


Alhamdulillah, pagi ni selepas solat Subuh, ana diberi kesempatan untuk mendengar tazkirah subuh yang disampaikan oleh Ust. Zainol Asri. Tazkirah yang amat menyentuh hati..buat pengetahuan semua, Ust. Zainol Asri merupakan ulama' muda yang tersohor dan dihormati di Kedah. Beliau merupakan lepasan Mesir yang belajar dlm Ilmu Hadis. Penyampaian beliau dalam kebanyakan pengajian banyak berkisar tentang hadis-hadis serta 'ulum hadis. Penyampaian beliau sangatlah menyentuh hati setiap orang yang mendengarnya. Jadi, di sini ana ingin kongsikan mutiara-mutiara ilmu yang ana perolehi baru sebentar tadi, semoga bermanfaat untuk kita semua..=')


Sebelum Ramadhan berangkat pergi, marilah kita muhasabah kembali amalan-amalan kita, adakah amalan kita sepanjang bulan Ramadhan ini diterima oleh Allah? Ingatlah, Allah menilai setiap amalan -amalan yang dilaksanakan oleh setiap hambaNya. Hal ini disebut dalam salah satu ayat di dalam al-Qur'an:




وَقُلِ اعْمَلُواْ فَسَيَرَى اللَّهُ عَمَلَكُمْ وَرَسُولُهُ وَالْمُؤْمِنُونَ وَسَتُرَدُّونَ إِلَى عَـلِمِ الْغَيْبِ وَالشَّهَـدَةِ فَيُنَبِّئُكُمْ بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ

"Dan katakanlah, "Bekerjalah, maka Allah akan melihat setiap amalan kamu, begitu juga RasulNya dan orang-orang Mukmin, dan kamu akan dikembalikan kepada (Allah) Yang Maha Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, lalu diberitakanNya kepada kamu apa yang telah kamu kerjakan."

(Surah At-Taubah, 9: 105)


Ayat ini menunjukkan bahawa setiap amalan yang kita kerjakan, walaupun sebesar zarah, akan dinilai oleh Allah tanpa sebarang pengecualian. Maka, cuba kita renung kembali, apakah solat kita khusyu' sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini? Apakah kita sudah melaksanakan solat yang terbaik buatNya sehingga layak bagi solat kita untuk diterima olehNya? Bagaimana dengan amalan-amalan kita yang lain? Adakah bacaan Al-Quran kita juga telah diterima Allah? Adakah kita cukup ikhlas dalam mengerjakan amalan-amalan tersebut? Ketahuilah bahawa Allah tidak menerima amalan-amalan kecuali yang baik sahaja, sepertimana sabda Nabi SAW:


أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّ اللهَ طَيِّبٌ، لَا يَقْبَلُ إِلَّا طَيِّـبًا

"Wahai manusia, sesungguhnya Allah itu thoyyib (bersih dan baik), Dia tidak akan menerima setiap amalan kecuali yg baik" [HR Imam Ahmad]


Cuba bayangkan jika kita mempunyai seorang pekerja yang diarahkan untuk menjahit baju kita, tetapi dia menjahit dgn perasaan tidak ikhlas, tidak sepenuh hati dan buat lebih kurang sahaja. Kemudian apabila pekerja itu sudah selesai menjahit baju kita, baju tersebut sangatlah tidak kemas dan singkat. Apakah perasaan kita pd waktu itu? Apakah yg kita akan lakukan pada pekerja tersebut? Sudah tentu kita akan merasa sangat marah, apatah lagi jika kain itu kain yang mahal. Dengan perasaan yg sgt marah, kita pasti akan mengambil kain itu dan melemparkannya ke muka pekerja tersebut untuk menunjukkan kemarahan dan ketidakpuasan hati kita terhadap hasil kerja yang dipersembahkan. Begitu jugalah perasaan Allah apabila seorang hamba tidak mengerjakan solat dengan khusyu' dan ikhlas keranaNya. Ketika malaikat membawa solat hamba tersebut menghadap Allah, Allah akan merenyukkan solat tersebut dan memulangkan semula kepada malaikat untuk dilemparkan ke muka hamba tersebut. Bayangkan jika solat yang selama ini kita kerjakan Allah perlakukan sebegitu rupa, apakah perasaan kita? Apakah ada jaminan bagi kita untuk menjejakkan kaki ke dalam syurga yang penuh nikmat? Ingatlah saudara, amalan pertama yang Allah akan lihat ialah solat, jika solat kita tidak diterima oleh Allah, bagaimana Dia akan menerima amalan2 kita yg lain?


Pernah suatu ketika, Rasulullah mengejutkan para sahabat untuk bangun berqiyamullail bersama-sama. Mereka berkumpul di masjid dan masing-masing mengerjakan qiyamullail di setiap sudut yang berlainan di dalam masjid tersebut. Rasulullah memerhatikan setiap sahabat-sahabat baginda yang khusyu' beribadah kepada Tuhannya. Baginda lalu menuju ke satu sudut di mana Abu Bakr ra sedang solat dengan penuh khusyu'. Rasulullah mendengar bacaan yang dialunkan oleh Abu Bakr. Tetapi apabila Abu Bakr membaca sepotong ayat dari Surah At-Taubah, dia tidak dapat meneruskan bacaan tersebut kerana tangisan yang teresak-esak. Ayat tersebut berbunyi :


إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَلَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الّجَنَّةَ يُقَـتِلُونَ فِى سَبِيلِ اللَّهِ فَيَقْتُلُونَ وَيُقْتَلُونَ وَعْدًا عَلَيْهِ حَقًّا فِي التَّوْرَاةِ وَالإِنجِيلِ وَالْقُرْءانِ وَمَنْ أَوْفَى بِعَهْدِهِ مِنَ اللَّهِ فَاسْتَبْشِرُواْ بِبَيْعِكُمُ الَّذِى بَايَعْتُمْ بِهِ وَذَلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka. Mereka berperang di jln Allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai) janji yg benar dari Allah di dlm Taurat, Injil dan Al-Qur'an. Dan siapakah yg lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dgn jual beli yg telah kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yg agung."

(At-Taubah, 9:111)


Berulang kali Rasulullah mendengar Abu Bakr mengulang ayat tersebut kerana dia tidak berjaya menghabiskan bacaan ayat itu lantaran tangisannya. Kemudian baginda menuju pula ke sudut -sudut lain di masjid untuk melihat sahabat-sahabat baginda yang lain. Setelah melihat para sahabatnya, Rasulullah pergi ke hadapan masjid, memberi salam kepada semua sahabat lalu baginda bertanya kepada Abu Bakr ra: "Wahai Abu bakr, mengapa engkau menangis ketika membaca ayat '...إِنَّ اللَّهَ اشْتَرَى مِنَ الْمُؤْمِنِينَ أَنفُسَهُمْ وَأَمْوَلَهُمْ بِأَنَّ لَهُمُ الّجَنَّةَ'? Abu Bakr ra menjawab: "Ketika membaca ayat tersebut, aku sedang memikirkan adakah amalan-amalan yang telah aku kerjakan akan dibeli oleh Allah."


Subhanallah, bayangkan seorang sahabat seperti Abu Bakr ra yang mempunyai iman yang kuat yang tidak setanding dengan iman seluruh umat Nabi Muhammad pun merasa takut amalan-amalannya tidak dibeli oleh Allah, apatah lagi kita yang tidak mempunyai iman sekental Abu Bakr ra, bahkan tidak tergolong dalam golongan yang dijamin masuk syurga, apakah kita merasakan demikian? Adakah kita pernah merasa takut, takut Allah tidak membeli amalan-amalan yang telah kita lakukan sepanjang hayat kita ini? Ataupun kita tidak rasa apa-apa pun, bahkan kita merasa biasa, tiada apa-apa perasaan? Jika anda tidak merasa apa-apa, kembalilah mencari hati anda, hidupkan semula hati anda yang telah lama mati itu..masih lagi belum terlambat selagi nyawa masih dikandung badan..


Para salafus soleh yang terdahulu juga merasa perasaan seperti Abu Bakr ra. Allah telah anugerahkan kepada mereka perasaan sedih dan takut ketika menjelang waktu berbuka puasa sehingga mereka menggigil-gigil dan terketar-ketar untuk bertemu dengan waktu tersebut. Mereka merasa sangat takut sedemikian rupa kerana risau memikirkan adakah puasa dan amalan mereka diterima pada hari tersebut. Disebabkan inilah para sahabat dan salafus soleh akan berdoa selama 6 bulan selepas Ramadhan meninggalkan mereka supaya amalan-amalan mereka sepanjang bulan Ramadhan diterima oleh Allah. Marilah kita sama-sama bermuhasabah sebelum ramadhan meninggalkan kita..masih belum terlewat lagi kerana Ramadhan masih lagi tersisa sehari lagi sebelum Syawal menjelma..jangan berputus asa untuk membaca al-Qur'an, meningkatkan amal-amal ibadah di detik-detik terakhir ini..dan setelah Ramadhan meninggalkan kita, sentiasalah berdoa selama 6 bulan seperti para sahabat supaya Allah menerima setiap amal ibadah yang kita kerjakan..insya Allah..kita juga mesti pastikan diri kita menangisi pemergian tetamu kehormat ini kerana ia hanya datang setahun sekali dan membawa seribu rahmat bersamanya..semoga dengan kesedihan kita ini akan menjadi penyebab Allah mengharamkan neraka ke atas diri kita sama seperti di saat kita bergembira dengan kedatangannya yakni Ramadhan..


Pada malam 1 Syawal, marilah sama-sama kita menghidupkannya dengan solat isya' berjemaah supaya hati kita sentiasa hidup, sebagaimana sabda Rasulullah: “Barangsiapa beribadah pada malam hari raya kerana mengharapkan redha Allah tidak akan matinya pada hari di mana hati-hati semua mati.”


Sama-sama lah kita renungkan dan selamat beramal..=')

Di sini ana kongsikan sebuah artikel dari Ustaz Pahrol Mohd Juoi yang amat menarik yang patut dikongsikan bersama. Marilah sama-sama kita hayati dan renungi..

**********

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.

“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”

Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.


“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”


Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.


“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”


Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
Winston from America?” bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.


“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”


“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”


“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cuik tersebut dengan senyuman.


“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”
“Awak sindir saya?”


“Pak Cik saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”
Lagi-lagi ke situ fikirnya.
“Pak Cik dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”


“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”
“Contoh?”
“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”


Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”


Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”
“Misalnya?”
“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”
“Lagi?”
“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikkata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”
“lagi?”


“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”
“Idola Amerika?”
“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”


Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”
“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita. Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati. Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati. Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”


“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “


“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”


Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?


Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!


Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”


Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

********
Sampaikanlah walau sepotong ayat...=')

Ini adalah petikan dari blog King of the East..fakta yang menarik yang kita perlu tahu. Sama-samalah hayati dan renungi fakta-fakta ini..

******************

Musuh-musuhnya (YAHUDI) amat percaya masa KEBANGKITANNYA sudah dekat. Mereka berusaha sedaya mungkin menjejaknya. Persoalan yang amat pelik kenapa mereka percaya ramalan yang disebut di dalam alQuran dan Hadis padahal mereka tidak beriman kepada kedua-duanya? Memang benar mereka adalah gulungan yang paling tegar menentang Allah swt

Dari Dzar dari Abdullah dari Nabi SAW yang bersabda: “Sekiranya dunia hanya tinggal sehari sahaja (sebelum qiamat) nescaya Allah memanjangkan hari itu sehingga bangkit padanya seorang lelaki dari keturunanku atau dari kaum keluargaku, yang namanya spt namaku, nama bapanya spt nama bapaku, ia akan memenuhi bumi dengan keadilan dan saksama sebagaimana bumi dipenuhi kezaliman dan kekejaman”. Hadith riwayat Abu Daud dan Turmizi.

Dengan jelas Hadis di atas menceritakan perihal Iman Mahadi. Pertama, lelaki dari keturunan Baginda Rasulullah SAW, keduanya namanya Muahammad dan nama bapanya ialah Abdullah. Secara logiknya tentulah mudah bagi kita mengenalinya asalkan ia bernama Muhammad bin Abdullah. Keturunan Rasulullah yang kita tahu ialah mereka yang bergelar Syed atau Syarif, tentulah namanya ialah Syed Muhammad Bin Syed Abdullah.


Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud ,
“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah syed (sayyid) sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”


Adakah semudah itu kita mengesannya padahal kita tahu Dajjal dan talibarutnya berusaha sedaya mungkin menjejaknya sejak ratusan tahun dahulu. Di dalam sejarah begitu ramai keturunan nabi Muhammad yang menunjukkan ciri kepimpinan dan lebih menonjol telah dibunuh dan kebanyakannya mati diracun walaupun apa nama mereka sekalipun (tidak semestinya Muhammad Bin Abdullah).


Bagaimana hendak mengenali Imam Mahadi jika ia benar-benar telah muncul atau ada di persekitaran kita?
Persoalan ini nampak remeh tetapi amat sukar untuk dijawab. Kenapa demikian? Bagi yang berhujah berdasarkan tafsiran alQuran dan Hadis semata-mata tentu sekali akan mengatakan 'telah jelas' tanda-tanda yang disebut dalam banyak nas yang telah dibukukan dan tak perlu bersusah payah menyelidik dan mencari-cari "siapa dia". Ada pula akan mengatakan persoalan ini tak wajar dibangkitkan kerana dikhuatiri akan menjejaskan aqidah dan iman.

Telah bersabda Rasulullah s.a.w,
“Al-Mahdi berasal dari umatku, berkening lebar, berhidung panjang dan mancung. Ia akan memenuhi bumi ini dengan keadilan dan kemakmuran, sebagaimana ia (bumi ini) sebelum itu dipenuhi oleh kezaliman dan kesemena-menaan, dan ia (umur kekhalifahan) berumur tujuh tahun.” (HR. Abu Dawud dan al-Hakim
)

Lagi pula Imam Mahadi akan bangkit dan akan menyeru manusia ke jalan tauhid, bagi kaum Muslimin sudah tentu akan bertemu dengannya dan bersenang hati menerima ajakannya itu. Apakah benar begitu?


Dari Abu Said Al-Khudri ra berkata : “
Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda ; “Akan lahir dari umatku seorang lelaki yang menyeru dengan sunahku, Allah menurunkan hujan dari langit untuknya, bumi mengeluarkan hasil dan darinya bumi dipenuhi dengan kedurjanaan dan kekejaman. Ia memerintah umat ini selama tujuh tahun dan akan berada di Baitul Maqdis.Hadith riwayat At-Tabarani.

Bersandarkan kepada Hadis ini pula, kelihatan seperti " benar" pandangan mereka bahawa Imam Mahadi akan muncul dan berdakwah menyeru umat manusia kembali mengamalkan sunah Rasulullah SAW, tentulah tidaklah sukar untuk kita mengenalinya. Cuba kita perhatikan kata-kata Baginda dalam hadis di atas,
"berada di Baitul Maqdis", agaknya bilakah peristiwa ini akan berlaku? Apakah maksud yang hendak disampaiakn dengan kata-kata "bumi dipenuhi dengan kedurjanaan dan kekejaman"? Dari sini kita tahu bahawa keadaan pada waktu itu berlaku huruhara yang amat menggerunkan dan suasananya tidaklah aman seperti hari ini. Jadi jawapannya yang paling munasabah ialah selepas Dajjal dibunuh oleh Nabi Isa as. Sebelum daripada waktu itu, amat mustahil Imam Mahadi dapat berdakwah di sana kerana Baitul Maqdis dibawah kekuasaan Dajjal dan tentera-tenteranya.

Kemungkinan besar kekacauan dan kekejaman yang berlaku adalah lanjutan dari
peperangan dunia ketiga (WWIII). Bumi telah dirosakkan dengan teruk dan manusia ketika itu pula hanya tinggal sedikit sahaja. Peperangan ini menular hingga ke Madinah, sebuah bandar yang aman damai selama ini. Malah ada diantara mereka juga cuba menyerang Makkah.


Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Seorang laki-laki akan datang ke Baitullah (Kaabah), maka diutuslah suatu utusan (oleh penguasa) untuk mengejarnya. Dan ketika mereka telah sampai di suatu gurun pasir, maka mereka terbenam ditelan bumi." (HR. Muslim)



Aisyah Ummul Mukminin RA telah berkata, "Pada suatu hari tubuh Rasulullah s.a.w. bergetar dalam tidurnya. Lalu kami bertanya, 'Mengapa engkau melakukan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan wahai Rasulullah?' Rasulullah s.a.w. menjawab, 'Akan terjadi suatu keanehan, iaitu bahwa sekelompok orang dari umatku akan berangkat menuju baitullah (Kaabah) untuk memburu seorang laki-laki Quraisy yang pergi mengungsi ke Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai ke padang pasir, maka mereka ditelan bumi.' Kemudian kami bertanya, 'Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?' Beliau menjawab, 'Benar, di antara mereka yang ditelan bumi tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang, dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka binasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeda-beda. Kemudian Allah s.w.t. akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit, menurut niat mereka masing-masing.'" (HR. Bukhary, Muslim)



Telah bersabda Rasullah s.a.w, "Sungguh, Baitullah ini akan diserang oleh suatu pasukan, sehingga apabila pasukan tersebut telah sampai pada sebuah padang pasir, maka bagian tengah pasukan itu ditelan bumi. Maka berteriaklah pasukan bagian depan kepada pasukan bagian belakang, dimana kemudian semua mereka ditenggelamkan bumi dan tidak ada yang tersisa, kecuali seseorang yang selamat, yang akan mengabarkan tentang kejadian yang menimpa mereka." (HR. Muslim, Ahmad, Nasai, dan Ibnu Majah)



Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Akan dibaiat seorang laki-laki antara maqam Ibrahim dengan sudut Kaabah." (HR. Ahmad, Abu Dawud)



Telah bersabda Rasulullah s.a.w, "Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka." (HR. Ahmad)



AS-SYUFYANI

Jika Imam Mahadi muncul sekarang atau sebelum berlakunya peperangan dan huruhara, tentu ia akan mudah dikenali dan musuh-musuhnya dan mereka tidak akan teragak-agak untuk menghapuskannya. Hadis tersebut hanya menceritakan secara am peribadi Imam Mahadi dan membayangkan bahawa Imam Mahadi hanya akan muncul bila keadaan telah selamat dari gangguan musuh-musuhnya.

Ada hadis yang menyebut "ia disembunyikan" oleh Allah swt, tetapi lebih sesuai jika dikatakan "ia dipelihara" oleh Allah sehinggalah tiba masanya.
Ia di islahkan dalam satu malam sahaja. Dari rangkaian hadis akhir zaman, kita temui seorang dari musuhnya adalah beragama Islam kerana dia dapat menjejakkan kakinya ke Mekah dan Madinah. Rasulullah saw juga menyebut manusia ini dari kaumnya (umat). Namanya as-Syufyani atau as-syufiani.

Siapakah
as-Syufyani ini? Adakah dia seorang pemimpin kaum arab atau dari bangsa ajam dan kenapa dia memusuhi manusia yang masih belum dibaiat itu? Pemimpin Islam mengejar untuk membunuhnya? (Suatu pasukan dari umatku akan datang dari arah negeri Syam ke Baitullah (Kaabah) untuk mengejar seorang laki-laki yang akan dijaga Allah dari mereka - hadis di atas'
.dan satu hadis lain. ".........maka mereka membai’at paksa lelaki itu di antara Rukun dan Makam Ibrahim padahal ia tidak suka dengan hal itu, kemudian suatu pasukan diutus dari ahli Syam (untuk menangkap orang-orang yang berbai’at itu), maka mereka dibenamkan ke dalam bumi di suatu tempat bernama Al-Baida antara Mekkah dan Madinah."

A
l-Muhaddits Sayid Ahmad Siddiq Al-Ghumari menerang kan di dalam kitabnya Aqidah Ahlil Islam Fi Nuzuli Isa AS bahawa
Al-Mahdi dilahirkan di Madinah Al-Munawwarah serta dibesarkan di sana. Sebelum umat Islam berbai’at dengannya, berlakulah satu peperangan yang besar di antara penduduk Madinah dengan tentera-tentera As-Syufiani. Dalam peperangan tersebut, penduduk Madinah mengalami kekalahan dan mereka lari bersama-sama Al-Mahdi ke Makkah. Di Makkah datanglah orang dari berbagai-bagal negeri kerana berbai’at dengannya di suatu tempat iaitu di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim


As-Syufyani ini dari daerah Syam (Damsyiq, Syiria)
. Dialah yang menyerang Madinatul Munwwarah yang menyebabkan penduduknya melarikan diri ke Makkah, termasuklah Imam Mahadi. Pada waktu itu tiada siapa pun yang tahu bahawa dia adalah Imam Mahadi termasuklah dirinya sendiri.


Rasulullah saw bersabda:
“Akan terjadi perselisihan setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari penduduk Madinah mencari perlindungan ke Mekkah, lalu datanglah kepada lelaki ini beberapa orang dari penduduk Mekkah, lalu mereka membai’at Imam Mahadi secara paksa, maka ia dibai’at di antara Rukun dengan Maqam Ibrahim (di depan Ka’bah).
Kemudian diutuslah sepasukan manusia dari penduduk Syam, maka mereka dibenamkan di sebuah daerah bernama Al-Baida yang berada di antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud 3737)

Imam Mahadi mempunyai ramai musuh termasuk dikalangan pemimpin Islam sendiri. Mungkin pemimpin Islam ini sudah menjadi sahabat Dajjal.
Seolah telah tahu waktu kebangkitan Imam Mahadi dan berusaha menghapuskannya sebelum tarikh pembai'atannya lagi (di Madinah). Kita lihat as-Sufyani tahu perkara ghaib ini, dari mana sumbernya?

Begitulah cara Rasulullah menyampaikan maklumat kepada kita. Huruhara berlaku gara-gara perebutan kuasa, apabila 3 putra "raja" Arab Saudi bertelingkah dan berperang merebut takhta. Ditambah pula dengan serangan tentera as-Sufyani.

Bagi "jentera" Dajjal pula, Imam Mahadi adalah musuh nombor satu kepada "BOSS" mereka, beliau (Imam Mahadi) akan menjadi penghalang utama terhadap rencana jahat mereka menyesatkan seluruh manusia di muka bumi. Imam Mahadi akan bertindak tegas dalam menjaga dan menyelamatkan kaum Mukminin dari gangguan dan pengaruh Dajjal Laknatullah. Menyerukan kebenaran untuk menghapuskan pembohongan Dajjal. Penipuan Dajjal sememangnya licik dan sukar untuk dikesan kecuali oleh mereka yang mendapat perlindungan dan petunjuk Allah. Orang Mukmin sendiri tidak terjamin selamat dari godaannya, apa lagi gulungan yang menjadi orang Islam melalui keturunan.

Ia akan mendakwa dirinya adalah
Nabi Isa almasih yang ditunggu-tunggu dan selepas itu mendakwa pula sebagai tuhan. Sesuai dengan konsep trinity pegangan umat Kristian, Katholik terutamanya. Yesus (Jesus) adalah salah satu dari tiga tuhan mereka.

Konsep
TRINITY itu disediakan oleh mereka yang bekerja untuk Dajjal dengan memesongkan ajaran Nabi Isa as. Kelihatan seolah menyediakan laluan mudah untuk Dajjal mengaku sebagai TUHAN pada akhir zaman. Adakah ia satu kebetulan atau telah dirancang? Hanya Allah yang tahu segala rahsia mereka. Biasanya kerja-kerja seperti ini dilakukan oleh berbagai pertubuhan dan badan sulit yang beroperasi secara tersembunyi yang digelar "The Hidden Hand" ringkasnya THH. Rahsia ini telah dibongkar dan diulas mendalam di banyak laman2 web dan blog seperti Mistisfiles, Sangtawal, dan Efairy (sekadar beberapa nama). Jika ianya benar seperti yang didakwa, perancangan mereka bermula sejak 1700 tahun yang lalu. Orang Kristian tentu dengan mudah menerima Dajjal sebagai" Isa almasih" seterusnya memujanya sebagai "tuhan". Ia amat berbeza dengan Islam yang memegang kukuh kalimah "TAUHID" yang terang dan jelas seperti dalam surah al Ikhlas.

Amatlah ganjil jika mereka menyambut kedatangan Nabi Isa as kelak, apa lagi menerima seruannya untuk mengimani
Syariat Nabi Muhammad, iaitu Islam yang amat mereka musuhi dan pandang hina selama ini. Saya tidak akan membincangkan soal trinity dan THH ini kerana perkara pokok yang akan diperkatakan ialah mengenai Imam Mahadi.

PANDANGAN PENGANUT KRISTIAN

Adakah pembaca tahu bahawa para penganut Kristian juga telah membuat kajian mendalam mengenai Hadis akhir zaman ini dan mereka membuat kesimpulan yang sungguh menghairankan. Iaitu keterbalikan fakta (Islam) hanya kerana tidak dapat menerima agama Islam sebagai agama yang benar. Mereka juga tidak dapat menerima kenyataan:
Nabi Isa as. akan menghapuskan "salib". Bagi mereka mana mungkin Nabi Isa as. (Jesus) akan bersekongkol dengan orang Islam, Imam Mahadi. Akhirnya mereka berkata Hadis ini dari sumber "syaitan".

Mereka membuat satu ketetapan sebagai jalan untuk mententeramkan perasaan gusar mereka dengan mengatakan,
Imam Mahadi ialah "ANTI CHRIST" yakni "Dajjal" sementara Nabi Isa as. pula dikatakan sebagai "NABI PALSU" (false Prophet).

Maklumat ini diperolehi dari beberapa rencana yang ditulis oleh mereka (penganut Kristian) dan juga bebera siri perbincangan dalam forum-forum berbincangan dikalangan penganut Kristian. Mereka membolak balikkan kitab mereka mencari fakta untuk menguatkan hujah mereka. Adakalanya saya kesihan melihat gelagat mereka. Yang pasti mereka sedang mempersiapkan diri untuk menerima Dajjal sebagai "Jesus" yang juga "tuhan" mereka. Lihat petikan di bawah:


"Therefore, the church's need for a healthy and sound end-time theology has never been greater. And those of us who believe we are living in the 'last of the last' days, Jesus' words to 'watch' for his coming carry with it a great responsibility. I am now going to expound on a teaching that has permeated the Muslim faith over the centuries, but with a great intensity over the last few decades. It is a very intriguing teaching that parallels the Biblical teaching of Antichrist in many ways."

Mereka berusaha bersungguh-sungguh untuk menyesuaikan atau memadankan pandangan mereka dengan apa yang tertulis dalam kitab-kitab mereka.


"Yes, the holy books of Islam (Quran, the Hadith) contain many prophecies concerning the future. As a Christian, I believe these Islamic prophecies to be
satanically inspired, but that is beside the point. All branches of Islam (Sunni, Shiite...) maintain a teaching that in the 'last days,' an Islamic savior, known as Al-Mahdi, will rise to great power and conquer the world for Islam. He will annihilate Christians and Jews, will conquer Jerusalem, and will fill the world with Islamic justice"

Mereka telah membaca dan mengkaji setiap Hadis yang menceritakan kebangkitan alMahdi dan Jesus Christ, sayangnya mereka menganggap alQuran dan Hadis sebagai
ayat-ayat syaitan dan mengalihkan perhatian kearah kepalsuan apabila membuat keputusan. Walaupun begitu terdapat tanda bahawa mereka masih rasa ragu untuk menafikan kebenaran isi alQuran dan Hadis. Dalam keraguan itu, dengan nada sinis mereka menyatakan Nabi Isa as yang akan turun itu (disebut dalam alQuran dan Hadis) sebagai NABI PALSU (false prophet) kerana ia tidak disebut sedemikian di dalam kitab-kitab mereka:


"According to the Quran, Islam's holiest book, and the Hadith, a collection of Islamic holy writings that supplement the Quran,
a messianic figure will arise in the last days of history known as Al Mahdi. He, along with the 'Prophet Jesus,' (False Prophet) will lead the Muslim believers to victory over the infidels (Christians and Jews)."

Jelas bahawa mereka tidak akan menerima orang yang mereka anggap sebagai "NABI PALSU" ini adalah
Jesus Christ yang mereka nanti-nantikan sejak sekian lama. Lihat betapa kelirunya mereka dan sia-sia sahaja mereka menunggu dengan penuh semangat (Jesus akan turun menyelamatkan mereka).


"Islam teaches that Jesus was born of Mary and was a great prophet but that
he is not the Son of God. Muslims teach that it is not possible for God to have a son. This opposing view of who Jesus is one of the greatest distinctions between Islam and Christianity."

Sememangnya konsep TRINITY telah menyesatkan mereka begitu jauh sehingga sukar mereka menerima kebenaran. Islam menolak dan menafikan Jesus itu anak tuhan bertentangan dengan doktrin gereja Kristian. Jika tidak kerana TRINITY itu tidaklah begitu susah mereka mencari jawapan terhadap persoalan yang memeningkan kepala mereka.

Mereka berusaha untuk mengenali Imam Mahadi melalui beberapa kajian terhadap Hadis-Hadis seperti yang yang di "ketengahkan"kan:


"Quotes from the Hadith:


"al Mahadi will return at the head of the forces of righteousness and do battle with the forces of evil in one, final, apocalyptic battle. When evil has been defeated once and for all, the al Mahadi will rule the world for several years under a perfect government and bring about a perfect spirituality among the peoples of the world. After the al Mahdi has reigned for several years, Jesus Christ will return"


"al Mahadi: His forehead will be broad and his nose will be high. He will fill the world with justice and fairness at a time when the world will be filled with oppression. He will rule for seven years."


"Allah will give Al-Mahdi the ability to righteously rule the Muslim nation in the span of a night. He will fill the earth with justice, as it was filled with injustice. He will lead the Muslim nation to the second conquering of Constantinople and possibly Rome." "


Sebenarnya mereka telah "kenal" perwatakan Imam Mahadi hasil dari kajian mereka, inilah kata mereka (Nabi Isa adalah nabi palsu) dan mereka sukar menerima hakikat Nabi Isa akan membawa syariat Islam dan membuang salib. Nabi Isa as tidak membela mereka seperti yang mereka harapkan bahkan menidakkan ajaran Kristian dengan membuang salib, tindakan ini seolah-olah "menusuhi" mereka:


"According to the Quran, Islam's holiest book, and the Hadith, a collection of Islamic holy writings that supplement the Quran, a messianic figure will arise in the last days of history known as Al Mahdi. He, along with the 'Prophet Jesus,' (False Prophet) will lead the Muslim believers to victory over the infidels (Christians and Jews).


1) The word, Mahdi, means 'The Guided One.'


2) According to Islam's holy writings, one day the entire world will be converted to Islam. Leading this revival will be the Mahdi, who will assume the role as the Islamic Messiah.


3) Islamic tradition teaches that Jesus will return from heaven in the last days and follow the Mahdi into Jerusalem, where Jesus will deny he is the Son of God.


4) Then, together the two will destroy the 'Cross'(Christianity) and kill the Jews who will be 'hiding behind rocks.' Afterwards Islamic justice will prevailand the world will submit to the rule of Mahdi, and Jesus.


5) All branches of Islam teach on the Mahdi. All Muslims believe this!


In addition, Islam's holy writings describe the Islamic messiah's lineage, name, facial features, etc. in great detail. "


He will be tall


He will be fair complexioned


His father's name will be Abdullah


His mother's name will be Aamina


He will speak with a slight stutter and occasionally this stutter will frustrate him causing him to hit his hand upon his thigh.


Kita tinggalkan dahulu kaum Kristian dengan gelagat mereka.

Yahudi Zionis

Zionis terus menerus mengkaji rahsia
dan petunjuk yang disebutkan di dalam alQuran dan Hadis malah lebih gigih berbanding kebanyakan orang Islam sendiri. Siapakah Zionis adakah sama dengan Yahudi lainnya? Sila rujuk artikel sebelum ini mengenai bangsa terlaknat ini. Mereka juga induk kepada YAKJUD dan MAKJUD.

Mereka adalah ejen kepada Da
jjal laknatullah. Mereka mengumpul sebanyak-banyaknya emas untuk menguasai perekonomian dunia, (sila kaji siapa ' Illuminati bloodline"). Semua keuntungan adalah untuk "boss" mereka Dajjal laknatullah, semua emas dan dana yang dikumpulkan kini sedang disalurkan ke Israel iaitu tempat bersemayamnya "raja" mereka (Dajjal). Mereka akan aturkan kejatuhan semua matawang kertas termasuk negara Malaysia dan USA juga tak terkecuali. Hanya emas dan mungkin perak sahaja akan bernilai. Wang baru berserta CHIPs akan dilancarkan oleh mereka ini. Ada kisah tentang chips dengan lambang "beast" iaitu 666. Saya tidak akan bicarakan hal tersebut.

Lawati laman web zionis –
“ Temple institute”. Di sana kita akan lihat betapa gigihnya kaum Yahudi mahu membina biara suci untuk menyambut kedatangan "Raja" mereka yang mereka nanti sebagaimana
yang tercatat dalam kitab mereka.


Dajjal mampu menguasai sebilangan besar penduduk bumi ini melalui pertolongan Iblis
(Lucifer). Kumpulan yang dinaungi oleh Dajjal ini tidak pernah lalai dan berhenti mengesan Imam Mahadi di serata pelusuk dunia terutama di lokasi yang disyaki seperti "khorasan", Indonesia dan Malaysia selain negara-negara Timur Tengah.


Apakah Imam Mahadi akan dibiarkan jika ditemui oleh Dajjal? Pembaca sendiri tentu sudah maklum jawapannya.


Adakah
kita tidak percaya dengan kenyataan ini ataupun tidak ambil peduli dan hanya mengatakan "hanya Allah yang Maha Mengetahui" tanpa perlu mengkajinya? Ramai diantara kita tidak mengambil berat soal ini kerana telah tergoda oleh "fitnah Dajjal" yang diatur sekian lama tanpa disedari. Berbeza dengan kelompok kaum yang menjadi hamba Dajjal. Mereka akan terus mengkaji tanpa jemu.

Mereka (ejen Dajjal) begitu yakin Imam Mahadi tidak akan muncul dalam bentuk personaliti sebagaimana yang kita bayangkan selama ini.
Mereka mendakwa dapat merasakan wujudnya "keganjilan" dan "helah" penceritaan mengenai Imam Mahadi ini. Baik dari segi perwatakan, peribadi atau tempat kelahirannya.
Inilah perkara yang amat menyusahkan dan membimbangkan musuh-musuhnya. Begitulah kebenaran Islam dan kebijaksanaan Allah swt, Maha Perancang.

PERSONALITI Imam Mahadi

Secara logis akan berlaku penyamaran sebagai pelindung dan ini akan berterusan sehingga masanya yang sesuai. Ia akan selamat dari bencana manusia.
Oleh itu sesiapa sahaja yang mengaku dan mendakwa dia "Imam Mahadi" adalah seorang pendusta dan pembohong. Tiada siapa akan mengenalinya walaupun kita telah bertemu atau bergaul dengannya setiap hari.
Orang Islam juga akan terkeliru, apa lagi mereka yang bukan Islam. Sila renung kembali kisah Uwais al-Qarni ra yang hanya dikenali oleh Rasulullah sahaja, para sahabat pun tidak mengenalinya sehingga diberitahu.

KHALIFAH (King)

Imam Mahadi adalah seorang pemerintah (raja) yang memerintah "umat ini" selama 7 tahun.
Jelas bahawa beliau bukan orang kebanyakan kerana sifatnya seperti sifat Rasulullah, bukan juga dari kalangan seorang raja yang sedia ada kerana sifatnya dan keteguhannya kepada tauhid dan adil. Adakah wujud pemerintah yang ada sekarang ini zuhud, warak dan adil? Jadi timbul pula pertanyaan baru, bagaimana caranya Imam Mahadi mendapat sokongan untuk menjadi pemerintah kerana dimana-mana tempat di dunia ini sudah ada pemerintah tersendiri (yang dilantik melalui demokrasi). Jawapan yang boleh kita agak ialah beliau hanya memerintah selepas Dajjal dihapuskan dan pusat pemerintahannya di Pelestin (Baitul Maqdis). Dari sinilah bermulanya era baru yang penuh keadilan dan kesaksamaan seperti yang disebut di dalam Hadis Rasulullah SAW.

Persoalan lain pula timbul, adakah dia sudah menjadi
RAJA atau khalifah Daulah Timur sebelum memerintah di Baitul Maqdis itu ? Ada bukti bahawa beliau adalah "raja" dari timur (King of the East) yang menyerang tentera Dajjal. Didalam kitab2 agama terdahulu termasuklah Bible menceritakan pasukan dari Timur ini akan tiba sebaik sahaja sungai Furat kering. King of the East inilah yang bergabung dengan tentera Kristian dan membawa kemenangan menentang tentera Anti Christ (Dajjal). Negara manakah Daulah Timur tersebut? Ada hadis yang menyebut "dari Khorasan". Di manakah terletaknya Khorasan ini? Pada masa ini Khorasan ialah satu daerah di negara Iran. Kita lihat peta Khorasan lama dimana ia meliputi satu kawasan yang luas berbanding yang wujud pada hari ini.


KHORASAN
(zaman keagungan Parsi)



Ramai juga pengkaji meramalkan dan tidak kurang juga yang amat yakin bahawa pemuda Bani Tamim itu adalah dari Khorasan (Khurasan) yang asalnya ialah kawasan yang luas meliputi sebahagian dari negara Parsi, Afghanistan, Tajikistan, Uzbekistan, Turkmenistan dan utara Pakistan.

Pendokong kuat Imam Mahdi ialah Pemuda Bani Tamim yang sekaligus menjadi 'tulang belakang' kepada kekuatan Imam Mahdi.
Pemuda Bani Tamim berasal dari Timur dan mengikut pandangan Syeikh Dr Walid al-'Ani yang dimaksudkan dengan Timur itu ialah Afghanistan. Namanya ialah Syuaib Bin Soleh. Beliau ialah seorang pemimpin tentera yang hebat. Pada waktu malam beliau terkenal sebagai seorang yang amat kuat dan khusyuk beribadah, manakala pada waktu siang pula, pula digeruni oleh musuh dengan ketangkasannya dalam medan perang.

Logiknya kemungkinan ini adalah kerana rekod perjuangan kental para Mujahideen Afghanistan terbukti amat digeruni pihak lawan walaupun dari negara kuasa-kuasa besar seperti Rusia dan USA. Keimanan mereka tinggi dan mereka berjuang kerana Allah bukan kerana habuan dunia.

Dari beberapa kajian yang dibuat juga menunjukkan bangsa Phatan/Phastun mempunyai pertalian darah dengan Bani Israel (Bani Ishaq) tetapi tiada kaitan dengan orang Yahudi Khazar yang menduduki negara Israel sekarang. Sebab itu Afghanistan di "tawan" oleh tentera USA yang menjadi alat ILLUMINAT yang kini berpusat di Israel. Secara mudahnya, pihak Yahudi akan mengambil kesempatan mencari pemuda Bani Tamim ini sambil menghalang kebangkitan tentera al Mahdi. Petikan artikel "Black Banner from the East"
Research Paper by Bilal Khan.


"the army of Mehdi will consist of Muslims from
Bani-Israel from Khurasan holding black flags. No power in the world will be able to stop them till they reach Jerusalem and erect their flags where there is Aqsa Mosque standing today."

"The older
Persian province of Khorasan (also known as the Greater Khorasan) included parts which are today in Iran, Afghanistan, Tajikistan, Turkmenistan and Uzbekistan. Some of the main historical cities of Persia are located in the older Khorasan: Nishapur and Tus (now in Iran), Merv and Sanjan (now in Turkmenistan), Samarkand and Bukhara (both now in Uzbekistan), Herat and Balkh (now in Afghanistan), Khujand and Panjakent (now in Tajikistan). In its long history, Khorasan knew many conquerors and empires: Greeks, Arabs, Seljuk Turks, Safavids, Pashtuns (ethnic Afghans) and others."


Sementara
DAJJAL (ANTI-CHRIST)
adalah NABI PALSU dan MENDAKWA dirinya sebagai ISA ALMASIH yang dinantikan oleh penganut Kristian. Persediaan awal telah dilakukan dengan baik menaikkan imej Jesust Chirst (Yesus) berwajah Eropah, berkuli cerah berambut ikal warna kuning mayang. Dari penyelidikan sumber sejarah telah terdapat fakta bahawa Nabi Isa as berkulit sedikit gelap dan berambut hitam kerinting sesuai dengan perwatakan Bani Israel. Lukisan pada dinding-dinding bangunan purba dan piramid di Mesir telah membuktikannya.

Bayangkan apabila Nabi Isa muncul nanti dan memperkenalkan dirinya sebagai "Yesus" kepada penganut kristian. Apa pandangan mereka terhadapnya? Adakah mereka (penganut Kristian) akan mempercayai kata-katanya? Tentu sekali mereka akan mendustainya kerana perawakannya tidak sama dengan wajah yang ada pada lukisan dan ukiran patung yang telah di"sogok" oleh pengikut Dajjal kepada mereka. Betapa bijaknya pengikut Dajjal ini mengelirukan berjuta-juta manusia kristian ini. Tambahan pula Nabi Isa as akan membawa akidah Islam yang selama ini amat mereka musuhi.

Dajjal pula akan berjaya menjadi al Masih dan akan diterima sebagai Yesus, penyelamat yang mereka nantikan selama ini. Konsep trinity juga mirip pegangan masyarakat Yahudi sekarang (zionis) yang mengamalkan fahaman Kabbalah berformat paganisma Mesir purba. Memang trajis fenomena ini.

Bagaimana bentuknya Dajjal ini. Adakah serupa dengan apa yang kita fikirkan? Siapakah sebenarnya dia? Dia munculkan diri lebih awal dari Imam Mahadi dan Nabi Isa.

Dari Jabir bin Abdullah, katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
"Dajjal muncul pada waktu orang tidak berpegang kepada agama dan jahil tentang agama. Pada zaman Dajjal ada empat puluh hari, yang mana satu hari terasa bagaikan setahun, ada satu hari yang terasa bagaikan sebulan, ada satu hari yang terasa satu minggu, kemudian hari-hari berikutnya seperti hari biasa".

Dia tidak akan muncul sehingga manusia (sebahagian besar) meninggalkan agama dan penghuni dunia asyik memikirkan kepuasan nafsu dan keseronokan.
Fitnah Dajal adalah "besar dan serius". Ini bukan masalah hidup atau mati tetapi kesengsaraan, mereka yang terpengaruh dengan sihir Dajjal akan jadi kafir, Na’uzubillah. Sabda Rasulullah saw mahfumnya, sejak zaman Nabi Adam, tidak ada Nabi yang tidak mengingatkan umat mereka tentang fitnah Dajal. Sedarlah dan sedarkanlah seluruh kaum muslimin tentang peristiwa paling dahsyat yang bakal berlaku.

Sebelum Dajjal muncul akan berlaku
"kemarau" selama 3 tahun. Manusia akan menderita dalam kepayahan hidup yang cukup menyiksakan disamping peperangan dan pembunuhan yang tak terkawal. Kita harus bersedia jika ingin selamat dari fitnah "terbesar" dari Dajjal iaitu menawarkan "syurga" kepada siapa yang mengakuinya sebagai tuhan.


BERITA YANG MENGGERUNKAN....

Jangan mengambil mudah dan
hayatilah setiap peristiwa berlaku berlaku, kerana ia menjurus kepada satu mala petaka yang akan meruntuhkan iman. Perangkap durjana telah lama menjerat kita tanpa disedari.

layari blog rakan seperjuangan saya, ada sesuatu yang mengejutkan.....

Kembali kepada Imam Mahdi ataupun Al Mahdi. Jelas, beliau adalah dari keturunan cucu Rasulullah SAW , Saidina Hassan bin Ali Bin Abi Thalib. Bernama Muhammad Bin Abdullah.


Dari Ibnu Umar bahawa Nabi SAW telah mengambil tangan Saidina Ali ra dan bersabda:
Akan keluar dari sulbi ini pemuda yang akan memenuhi dunia dengan keadilan (Al Mahdi). Bilamana kamu melihat yang demikian itu, maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu, dia datang dari sebelah Timur dan dia adalah pemegang bendera Al Mahdi“ dari Al Hawi Lil Fatawa oleh Imam sayuti


Kemunculannya menjadi tajuk bualan hangat sejak kebelakangan ini. Kenapa? Kerana semua tanda-tanda kecil kiamat telah nyata dan hanya menanti tanda-tanda besar sahaja. Samaada ia akan muncul sekarang atau kemudian nanti tidak menjadi soal, apa yang jelas dari Hadis di atas ialah - ia (Pemuda Bani Tamim) akan datang dari "TIMUR". Bukan dari tanah Arab. Adakah pemuda Bani Tamim ini Imam Mahadi sendiri atau orang lain, "..... maka wajib kamu mencari Pemuda dari Bani Tamim itu" kita perlu membuat kajian mengenainya.


Diriwayatkan oleh Al-Imam Abu Daud dalam,
“Telah berkata Ali sambil memandang puteranya Hassan,” Sesungguhnya Puteraku ini ialah syed sebagaimana yang telah dinamakan oleh Nabi SAW. Dari keturunannya akan lahir seorang lelaki yang namanya seperti nama Nabi kamu, menyerupai baginda dalam perangai dan tidak menyerupai baginda dalam rupa dan bentuk.”


Adakah dia seorang Raja atau Pemerintah (Perdana Menteri, Presiden atau Khalifah) ?


Bahawa Al Mahdi ini mempunyai dua ciri-ciri besar iaitu akan mendapat daulah di sebelah Timur dan akan memegang pedang Zulfaqor (Dhu al-Faqar) sebagai bukti bahawa ia membawa kebenaran.


Malangnya tiada sesiapa yang mengetahui dan mengenali Imam Mahadi ini termasuk "dirinya sendiri" sehinggalah di islahkan dalam satu malam. Dalam keadaan kacau bilau kerana kemangkatan raja, Imam Mahadi dilantik untuk menjadi pemimpin.


”Akan terjadi perselisihan (kekacauan) setelah wafatnya seorang pemimpin, maka keluarlah seorang lelaki dari ahli Madinah mencari perlindungan menuju ke Mekkah, lalu lelaki itu didatangi oleh sekumpulan manusia dari ahli Mekkah, maka mereka membai’at paksa lelaki itu di antara Rukun dan Makam Ibrahim padahal
ia tidak suka dengan hal itu, kemudian suatu pasukan diutus dari ahli Syam (untuk menangkap orang-orang yang berbai’at itu), maka mereka dibenamkan ke dalam bumi di suatu tempat bernama Al-Baida antara Mekkah dan Madinah.” (HR Abu Dawud)


Sajauh mana keyakinan anda setakat ini?


TIGA KELOMPOK MANUSIA SEDANG MENANTI ORANG YANG AKAN MENJADI "PENYELAMAT". TOPIK INI MENJADI TAJUK PERBINCANGAN HANGAT OLEH SETIAP PENGANUT ISLAM, KRISTIAN DAN YAHUDI.


Masing-masing mendakwa merekalah di pihak yang benar.


Yang pasti Al Mahdi pasti akan muncul, beliau bukanlah manusia sembarangan tetapi manusia terpilih dikalangan penghuni dunia akhir masa. Kehebatannya pastilah sehebat hulubalang agung Saidina Ali ra dan pekertinya selunak Baginda Rasulullah SAW. Untuk makluman semua, pihak illuminati zionis menganggap dan memanggil Imam Mahdi ini sebagai Muhammad (kedua). Orang yang mengikut sunnah Nabi dan benar-benar bertaqwa dianggap sahabat Muhammad. Apakah ada maksud dari ungkapan tersebut?


TIDAK AKAN DIKETAHUI sehinggalah bai'ah (perlantikan) di makam Ibrahim - penjuru Kaabah.


bersambung......

p/s: untuk maklumat yang selanjutnya, sila layari blog King of the East..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

DRUG OF THE DAY..

HARI INI..

MASA ITU EMAS

SALAM UKHUWWAH

"Dan siapakah yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah dan mengerjakan kebajikan (amal salih) dan berkata, 'Sungguh, aku termasuk orang-orang yang berserah diri'?"
[Surah Fussilat, 41:33]

~^.^~

ABOUT ME

My photo
Alor Setar, Kedah, Malaysia

LUAHAN HATI

POPULAR POSTS

KHABAR PALESTIN

PEMBACA

MY SAHABAT

MY AKHAWAT

IIUM FRIENDS

FOLLOWED BLOGS

ASMA' ALLAH AL-HUSNA

FAVORITE LINK

LA ILAAHA ILLALLAH..

BOYCOTT ISRAEL!!

BOYCOTT ISRAEL!!

FOLLOWERS