Buat Gadisku/sahabatku……
Gadisku/sahabatku…..
Sesungguhnya kejadianmu terlalu unik,
tercipta dari tulang rusuk Adam yang
bengkok menghiasai taman-taman indah
lantas menjadi perhatian sang kumbang.
Kau umpama sekuntum bunga, harum
aromamu bisa menarik perhatian sang
kumbang untuk mendekatimu namun……
tidak semua bunga senang untuk
didekati oleh sang kumbang lantaran
duri yang memagari dirinya umpama
mawar , dari kejauhan sudah terhidu
akan keharumannya serta kilauan
warnanya yang memancar indah
mengundang kekaguman terhadap sang
kumbang ……. tapi awas duri yang
melingkari bisa membuatkan sang
kumbang berfikir beberapa kali untuk
mendekatinya……
Gadisku/sahabatku….
Aku suka sekiranya kau seperti mawar
aspirasi setiap mujahidah. Bentengilah
dirimu dengan perasaan malu yang
bertunjangkan rasa keimanan dan
keindahan taqwa kepada Allah…
Hiasilah wajah mu dengan titisan
wudhuk ….. ingatlah bahawa ciri-ciri
seorang wanita solehah ialah ia tidak
melihat kepada lelaki dan lelaki tidak
melihat kepadanya. Sesuatu yang
tertutup itu lebih berharga jika dibandingkan dengan sesuatu yang
terdedah …… umpama sebutir permata
yang didedahkan buat perhatian umum
dengan permata yang diletakkan dalam
satu bekas yang tertutup ….. sudah
pasti nya keinginan untuk melihat
permata yang tersembunyi itu melebihi
daripada yang terdedah, wanita solehah
yang taat dan patuh pada Al Khaliq
dalam melayari liku-liku kehidupannya
adalah harapan setiap insan yang
bernama Adam…… Namun ………….
ianya memerlukan pergobanan dan
mujahadah yang tinggi kerana ianya bercanggah
dengan nafsu serakah yang
bersarang dalam dirimu lebih-lebih
lagi title gadis yang kau miliki sudah
pastinya darah mudamu mecabar rasa
keimanan yang ada …
Namun ingatlah gadisku…. sesiapa yang inginkan
kebaikan maka Allah akan memudahkan
baginya jalan-jalan kearah itu, yang
penting gadisku engkau mesti punyai azam, usaha dan istiqomah……….
Gadisku/sahabatku....
kepada kebanyakan lelaki… Seandainya
pakaian malumu kau tanggalkan dari
tubuhmu maka sudah tidak ada lagi
perisai yang dapat membentingimu…
Sesungguhnya nabi ada mengatakan
tentang bahaya dirimu “Tidak ada suatu
fitnah yang lebih besar yang lebih
bermaharajalela selpas wafatku
terhadap kaum lelaki selain fitnah
yang berpunca daripada wanita”….
Oleh itu gadisku setiap langkah dan
tindakanmu hendaklah berpaksikan
kepada Al Quran dan As Sunnah, jangan
biarkan orang lain mengeksploitasikan
dirimu untuk kepentingan tertentu…..
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam…
Kau harapan ummah dalam melahirkan
para mujahid dan mujahidah yang bisa
menggoncangkan dunia dengan sentuhan
lembut tangan mu…..
Gadisku/sahabatku…
dan menyayangi, itulah fitrah
semulajadi setiap insani namun ramai
diantara kamu yang tewas kerana
cinta … Bercinta itu tidak salah tapi memuja cinta itu yang salah,
kerana cinta manusia sanggup menjual
agama dan kerana cinta maruah
tergadai. Gejala murtad serta
keruntuhan moral muda mudi sebahgian
besarnya kerana sebuah cinta…
Benarlah sabda Rasulullah
SAW “Sesungguhnya cinta itu buta”
cinta itu mampu membutakan mata dan
hatimu dalam membezakan perkara yang
hak dan yang batil apabila kau
meletakkan cinta itu atas dasar nafsu dan tidak kerana Allah SWT …
Sebelum kau mendekati cinta, cintailah dirimu
terlebih dahulu, mengkaji hakikat
kejadianmu yang begitu simbolik , yang
berasal daripada setitis air yang tak berharga lalu mengalami proses
pembentukan yang direncanakan oleh
Allah .. Semoga disana mampu
melahirkan rasa keagungan dan
kehebatan terhadapNya dan timbul rasa
cinta dan kasih pada penciptamu…………
Gadisku/sahabatku……
tapi apabila hatimu
diserah kepada Allah sudah pasti ia
akan bertaut kembali.. Dalam seusia mu
sibukkan lah dirimu dengan ilmu yang
mampu mempertajamkan akal dan mampu
membina syakhsiah muslimahmu…..
Sesungguhnya ilmu itu cahaya dan ilmu tidak mampu bertapak dalam hati orang
yang melakukan maksiat. Buat akhirnya
terimalah kata-kata seorang ahli sufii iaitu Rabiatul Adawiah sebagai
renungan bersama:“Cintakan manusia
itu tidak mewujudkan kebahagian yang
abadi untuk seseorang insan, kerana ia
tidak kekal, cintakan manusia
seringkali membuatkan seorang itu
gagal, kecewa, menderita dan terseksa,
oleh itu tidak ada suatu cinta pun
yang dapat membuahkan kebahagiaan dan
kenikmatan yang kekal abadi kecuali
cinta kepada pencipta manusia sendiri”
0 comments:
Post a Comment